Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 08, 2011

Jawapan Untuk Sultan Selangor

Daulat Tuanku, mohon dijunjung kasih tuanku. Patik yang hina bersetuju dengan titah Tuanku. Bangsa Melayu boleh bersatu dalam satu payung Tuanku. Tapi bukan payung UMNO yang berlubang dan koyak rabak. Payung UMNO jugalah yang merosakkan instituisi diraja sehingga mengakibatkan krisis perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993.

Pengasas UMNO sendiri Dato Onn Jaafar juga pernah derhaka banyak kali kepada Almarhum Sultan Johor, Sultan Kedah dan juga Raja-Raja Melayu diantara tahun 1920 hinggah 1946. Malah baru-baru ini, cucunya dan cucu saudaranya sendiri juga telah derhaka diatas titah DYMM SPB YDPA dimana mereka bersikap acuh tak acuh dalam menerima nasihat baginda supaya pihak kerajaan berlaku adil dan saksama terhadap rakyat jelata Tuanku.

Dibawah payung UMNO jugalah ahli-ahli mereka bercakaran sesama sendiri sehingga terbahagi berpecah menjadi dua puak pada tahun 1988. Team A jadi UMNO Baru, Team B pula jadi Semangat 46. Kemudian sekali lagi pada tahun 1998 mereka berpecah lagi dalam kes pemecatan DSAI atas alasan salahlaku seks yang masih tak dapat dibuktikan sehingga kehari ini. Masakan kami boleh bernaung dibawah payung UMNO yang dah rosak, karat, lusuh, buruk dan lunyai Tuanku. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Sumber : Azha Ramli


Iklan Penaja


Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)
    

1 ulasan:

  1. hoi mamat, lu baru lepas minum ka? sembah la hina la pacal la. tak ada agama ke. mana ada orang sembah orang yang makan nasi dan kentut busuk? kalau nak berbahasa pon biarla berpada pada.... sembah hanya kepada Allah yang menjadikan kita ini dan alam semesta. yang lain boleh pegi jahanam. apa kalau tak ada raja , kita mati tak makan ke? sebaliknya kalau kita rakyat tak ada, boleh jadi raja tu mati tak makan!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...