ULASAN  : Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya  adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu  ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh,
Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh,
Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.
Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Saudaraku anggota polis,
Kerja  polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam  negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan  adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur  dan ikhlas.
Sepatutnya,  tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan  membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan  tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota  atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran
Saudaraku anggota polis,
Tugas  seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah  tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh  Kebaikan, 
Mencegah Kemungkaran'.
Itu  moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada  bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis  berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan  dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.
Jika  itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman  dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang  kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang  demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka  sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka  kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah  lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi  s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim,  namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka  dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan  sanad yang sahih).
Kami  sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang  telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan  kerosakan.
Bahaya kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun,  dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang  kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang  sebaliknya.
Ia  boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada  menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya,  memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.
Jika  itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah  si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak,  kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi  menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin  saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan  manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.
Saudaraku,  kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang  dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan  si zalim itu sendiri.
Pada  hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya,  kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin  juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal  mangsa mengenali pelakunya.
Namun  Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan  yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan  terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.
Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Doa orang dizalimi.
Doa orang dizalimi.
Dengarlah  baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang  yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab  (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam  riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi,  sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang  untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Saudaraku anggota polis,
Tiada  siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan.  Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa  juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.
Namun  doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam  kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan  mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.
Mungkin  si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia  terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat  sana.
Saudaraku anggota polis,
Saudaraku anggota polis,
Dunia  ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah  sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.
Tunggu balasan
Tiada  kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua  tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu  menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang  yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke  suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana  gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil  mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati  mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.
Tiada  bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada  masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh  diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.
Adil  seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada  empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang  bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk"  (Riwayat Muslim).
Sabda  baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya  (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah  halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham  (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).
Arahan atasan
Sekiranya  baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar  kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang  yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).
Saudaraku anggota polis,
Saya  tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang  terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata  'kami hanya menjalankan tugas'.
Sudilah  saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri  r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika  itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
Kata  'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik  kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas  hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu  kesalahan di sisi agama?
Kata  Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai  Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah  sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada  bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada  bertindak ke atasmu.
Wahai  'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang  bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah  perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan  memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.
Tanggungjawab kepada Allah
Di  sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.  Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan  kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan  akhirat.
Jika  engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan  menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah!  Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka  menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa  'Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita  boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab  kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara  bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Apa  yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri  jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak  berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah  kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah  khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang.  Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah  juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.
Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.
Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.
Semoga  Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal.  Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara!  Selamat bertugas! Sumber : SINI
Iklan Penaja
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
Iklan Penaja
Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
BalasPadamI wanted to inform you that you have people like me who appreciate your work. Definitely a great post. I would like to read this
whizzherald.com
talesbuzz
disposable mobile numbers
Gogoanime
how to go live on tiktok