Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 04, 2011

Panas!!!! Marina Mahathir Bidas!! Polis UmnoBN....Apa Dah Jadi Ni..!!

Bersih : Marina Mahathir Bidas Tangkapan Polis


PETALING JAYA 4 JULAI : Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T dengan logo Bersih atas alas an ia memudaratkan keselamatan negara.  Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina,  anak sulung  mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

 “Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai  kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau,” kata Marina.

“Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju  di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja,” tambah beliau.

Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.

Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu.TVSNEWS


Iklan Penaja
    

1 ulasan:

  1. apa cerita dgn anak mantan PM ni...dia sokong idea pembangkang sedangkan bapanya anti dgn anuar....ada yg tak kena ni

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...