Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak.
Malangnya, kanister gas itu menepati pipi kirinya. Walaupun kini diberi ubat pelali, namun beliau berkata kesakitan masih menusuk.
“Kami sedang keluar dari KL Sentral dan terus berarak di mana tempat bas berhenti.
“Pengawal lain dan saya bersama Anwar manakala pemimpin lain di depan membentuk barisan yang panjang apabila saya terdengar suara sayup-sayup.
Beliau kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar.
Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih.
“Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak lubang dan terjatuh.
"Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga," kata Fayyadh.MalaysiaKini
Iklan Penaja
Bukti BN Agen Yahudi!!!! (video+gambar)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...