Isnin, Mei 07, 2012

TGNA Bedil!! Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2012
Nik Aziz: Majlis Fatwa bertindak 'sebelah mata' 

SHAH ALAM - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 semalam "dengan hanya menggunakan sebelah mata."

Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0  yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"
"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"
Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.

"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.

"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.
"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.
"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.
Sehubungan Nik Abdul Aziz meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghormati pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.
"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah," katanya lagi.
 
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
    DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng