Sabtu, Mei 12, 2012

Ibrahim Ali Sudah Melampau!!! Nak Hapuskan Islam Pulak.......

PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam PAS

PERKASA mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

NONEBercakap kepada pemberita selepas majlis ceramah di Pasir Mas malam tadi, beliau berkata ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.

Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.

"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu, yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya.

- Bernama
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. kali ni aku marah sangat kat mp ni, memang bodoh dan buta fakta dan sejarah....malas membaca, katak bahlol. tak tau kah dia raja-raja dah bersidang pasai benda ni.....sesiapa yg dok berkawan dgn mp buta katak ni tolong sikit ghoyak ke dia pasai benda ni!

    Utusan Malaysia 23 mac 2001
    Boleh guna perkataan Islam -- Majlis Raja-Raja tidak halang penggunaan oleh pertubuhan atau parti politik

    KUALA LUMPUR 22 Mac - Majlis Raja-Raja hari ini memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

    Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara yang berakhir hari ini.

    Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di akhir mesyuarat itu, walaupun tiada halangan bagi penggunaan perkataan Islam, bagaimanapun, ia melarang jika penggunaannya itu untuk tujuan mengeliru dan menyelewengkan akidah dan pemikiran rakyat.

    ``Majlis Raja-Raja tiada halangan kepada penggunaan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan, digalakkan tetapi ia hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ihsan,'' jelas kenyataan itu.

    Selain itu, Majlis Raja-Raja menegaskan, fahaman meminta sokongan sebelum mengiktiraf seseorang itu sebagai beragama Islam atau tidak merupakan satu ajaran salah dan menyeleweng.

    ``Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Iman dan rukun Islam.

    ``Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu,'' tambah kenyataan itu.

    Kenyataan itu juga menyebut: ``Sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.''

    Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

    Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

    Semua sultan hadir kecuali Sultan Kedah yang diwakili oleh Raja Muda, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah; Sultan Pahang (Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman) dan Sultan Johor diwakili oleh Tunku Mahkota, Tunku Ibrahim Ismail.

    Keputusan berhubung isu penggunaan nama Islam itu ditunggu oleh rakyat apabila Utusan melaporkan agenda penggunaan nama Islam dalam pertubuhan dan parti politik akan diberi penekanan oleh Majlis Raja-Raja kali ini.

    Kebimbangan bahawa Majlis Raja-Raja dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memihak kepada UMNO dalam membuat keputusan berhubung isu itu telah menyebabkan beberapa pemimpin Pas mengancam akan menentang sekiranya parti itu tidak dibenarkan menggunakan perkataan Islam.

    Sementara itu, Majlis Raja-Raja dalam keputusannya hari ini turut memutuskan bahawa ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

    Dari itu, tegasnya, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang orang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam.

    Selain isu yang bersangkutan dengan agama, Majlis Raja-Raja turut membuat keputusan mengenai perkara melibatkan keselamatan negara dan pelantikan hakim-hakim.

    Di antara keputusan yang dibuat ialah persetujuan untuk melantik Datuk Karam Chand Vohrah, Datuk Wira Mohd. Noor Ahmad dan Datuk Alauddin Mohd. Sheriff, yang kesemuanya sekarang hakim-hakim Mahkamah Tinggi sebagai hakim-hakim Mahkamah Rayuan mulai dari tarikh yang ditetapkan kemudian kelak.

    Majlis Raja-raja juga mengesahkan persetujuan pelantikan Datuk Siti Norma Yaakob, Datuk Haidar Mohamed Noor dan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

    Oleh: ZULKIFLI JALIL

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng