Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Mei 03, 2012

Chegubard nafi arahan DSAI beri langgar halangan polis..

Chegubard nafi arahan diberi langgar halangan

Badrul Hisham Shaharin, yang menjalankan tugas mengawal orang ramai semasa BERSIH 3.0, berkata peserta telah diarahkan supaya bersurai sejurus sebelum halangan di Dataran Merdeka dilanggar.

NONEBadrul, yang lebih popular sebagai Chegubard, memberitahu
Malaysiakini bahawa arahan yang diberikan kepadanya oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah untuk mengarahkan orang ramai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk bersurai.

"Saya berada atas trak pick-up (yang membawa pemimpin BERSIH dan Anwar)... satu keputusan perlu dibuat mengenai sama ada untuk membelok ke bulatan Masjid Negara atau ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Arahan kepada SAMM ialah belok ke Jalan Tuanku Abdul Rahman perlahan-lahan supaya orang ramai akan ikut dan bersurai secara perlahan-lahan," katanya, merujuk kepada NGO pimpinannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

NONESatu video saksi menunjukkan Anwar, yang berada di trak pick-up
SAMM di sudut Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, memberi isyarat membelok ke kanan.

Dalam video itu,Chegubard yang juga pemimpin PKR Negeri Sembilan, dirakamkan sebagai berkata yang mereka mahu membelok ke kanan supaya mereka tidak berada di hadapan polis./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
   
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...