Najib bubar parlimen 11.11.11, PRU 10 Dis
REMBAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.
Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.
Mengikut  maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri  beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan  pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.
Pemergian  beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau  dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.
“Diyakini  telah disusun liputan media yang akan menyiarkan imej dan visual  pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu  persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi  orang Melayu.
“Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip video Najib dan Rosmah memasuki Kaabah akan dimainkan tiap malam.
“Najib  dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6  November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain  dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting 11  November”, katanya.
Nombor bertuah
CheguBard  yang juga Ketua PKR Cabang Rembau memberitahu bahawa beliau difahamkan  Najib memilih tarikh 11, 01 dan 10 kerana angka berkaitan 1 ini sengaja  dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang  menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor bertuah bagi Najib dan  Rosmah.
Diyakini  sehingga hari ini dari maklumat dalaman bahawa sah Najib akan mengikut  tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan  PRU awal dan secara mengejut.
“Pilihan  raya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang semakin  meruncing. Sudah ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno  sendiri. Najib tidak boleh membiarkan gejala ini merebak. Mereka yang  terlibat perlu disingkirkan.
Namun  sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti  yang dinamakan sebagai calon PRU perlulah individu yang boleh menyokong  beliau tanpa belah bagi”, ujar CheguBard.
Sementara  itu, CheguBard turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Najib akan  adakan PRU tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.
Pada  9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalan raya sekitar di ibu kota  bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa  membuat berbagai sekatan dan halangan.
Najib  sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses  pilihan raya memerlukan reformasi. Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen  diwujudkan untuk maksud tersebut.
Malangnya  usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan  demokrasi dalam negara tetapi beliau sendiri terus melakukan banyak  kerja jahat dengan membunuh demokrasi ketika proses pilihan raya.
BN kurang ajar
“Isu  penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf warganegara secara  mudah dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dilihat antara  kemuncak kurang ajar BN ini.
“Justeru  itu SAMM memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN  keseluruhannya, jangan ada sebarang PRU sehingga selesai proses  penambahbaikan PRU khususnya melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.
“Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara,” ujar beliau.
Tegas  CheguBard, “jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihan  raya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya  proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan BN.
“Najib  dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini  berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM  tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes  tetapi ia mobilisasi rakyat benar–benar untuk menumbangkan regim dan  mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya”, tegas CheguBard.
Chegu  Bard turut menegaskan mobilisasi rakyat kali ini akan benar–benar  berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman.
“Dari  pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang  sedang terhimpit dengan kehidupan mereka, tidak redha BN terus mendapat  mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara,” katanya.
-freemalaysiatoday-Pelaburan Bijak!!!
Digital Al-Quran Untuk Dijual...
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...