Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Januari 04, 2016

PANAS!! : ORANG KUAT PAS SELANGOR BERI AMARAN...

Iskandar Abdul Samad

SHAH ALAM - Pas Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli Pas di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan.

“Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon Pas yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), walhal calon-calon Umno dan Amanah telah terpilih.

“Jika Pas diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli Pas di Selangor akan bertambah marah lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan Pas yang tidak ada hubungan politik dengan Amanah.

“Pas tak ada hubungan dengan Amanah dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan Amanah.

“Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan baik sedia ada di antara ketiga-tiga parti di dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas akan kekalkan bilangan kuota sedia ada dan tidak akan memberikannya kepada Amanah.

Katanya, terpulang pada PKR dan DAP untuk menyerahkan kuota masing-masing kepada parti baru berkenaan.

“Amanah bukan sebahagian daripada kerajaan negeri dan mereka tidak mewakili suara rakyat,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Pas dan DAP memberi laluan kepada Amanah dalam isu pengagihan dan pelantikan ahli majlis PBT.

Beliau berkata, hal tersebut sudah dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini yang turut diwakili oleh PKR, DAP dan Pas.

sh

 IKLAN PENAJA..
TeAutoNetwork.com/1444
Sistem untuk membantu anda membina rangkaian dengan MUDAH dan menjana Pendapatan Aktif ke Pasif dan terbuka kepada semua pengguna handphone tidak kira dari Telco mana sekalipun.


 
http://iklanviral.blogspot.my/

6 ulasan:

  1. terbukti pas gila kuasa. sebab itulah adun2 pas di selangor enggan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri selangor dan sanggup bersekongkol dengan dap.

    BalasPadam
  2. kata tak kemarok jawatan. masuk pru pun bukan nak menang. tp kalau dikaji, pas masuk pru sebb nak menangkan umno. dah terbukti pru lepas.

    apa jadi dgn yb salleh man di penang? dia dah kena tindakan ke? dah kena maki hamun label ke belum sbb tak ikut perintah?

    bila salleh man libatkan menantu abah din ayam, pas terus senyap.

    BalasPadam
  3. Amanah gila kuasa

    BalasPadam
  4. Simple je maksud TGHH dan Ir IS ni tapi biasanya gagal difahami oleh bukan ahli PAS atau yg pura2 jd ahli PAS..

    TGHH bermaksud x pelahap jawatan tu ialah sekiranya nak jawatan x perlu sampai kena tolak hudud dan langgar sumpah bai'ah serta harta wakaf..

    Manakala Ir IS bermaksud enggan lepas kuasa ialah jawatan yg telah dimenangi BUKANnya melalui syarat kena tolak hudud dan langgar sumpah bai'ah serta harta wakaf, jadi cara halal sebegini x perlu lepas kuasa..

    AS SIMPLE AS THAT..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...