Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Januari 11, 2016

PANAS!! : PAS AMAL CAKAP-CAKAP POLITIK TIDAK SIHAT.

 Shamsul Iskandar Mohd Akin

SHAH ALAM – Pas berhak untuk mempertahankan setiap kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Namun begitu, Shamsul menegaskan masih terlalu awal bagi setiap pihak untuk membincangkan pertembungan tiga penjuru memandangkan PRU14 akan berlangsung menjelang 2018 nanti.

“Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka (Pas).

“Pada saya, terlalu awal untuk simpulkan pertembungan tiga penjuru. Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas lain turut menyuarakan mengenai isu pembahagian kerusi, namun itu bukanlah merupakan pendirian rasmi Pas,” katanya.

Shamsul mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memaklumkan parti berkenaan tidak akan menyerahkan satu pun kerusi yang ditandinginya kepada parti pembangkang lain dalam  PRU akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim beranggapan tindakan berkenaan bagi mempertahankan maruah memandangkan sebelum ini, parti itu berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).

Shamsul memaklumkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa pimpinan Pas sebelum ini berhubung isu tersebut hanyalah cakap-cakap politik yang tidak sihat.

“Banyak perkara lain yang perlu menjadi fokus antaranya nasib rakyat di samping memperjuangkan isu-isu besar terutama membabitkan bebanan ekonomi negara pada masa kini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, keengganan Pas untuk tidak memberi sebarang kerusi kepada parti pembangkang lain pada PRU akan datang tidak memberi kesan kepada Pakatan Harapan.

Beliau berkata, Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip bersama parti komponen lain seperti diputuskan melalui Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015.

“Amanah bersama Pakatan Harapan dan kita (Amanah) tak terikat dengan apa-apa pandangan Pas. Jadi jika ada apa-apa, ia akan dibincangkan secara bersama dengan rakan-rakan pakatan lain,” katanya.

sh

1. KHAS KEPADA PENGGUNA TELIFON BIMBIT YANG INGIN TELIFONNYA MENJADI MESIN WANG....
2. TAK KIRA APA PUN LINE YANG ANDA PAKAI..
3. ANDA TETAP DAPAT WANG JIKA ANDA MENGGUNAKAN SISTEM MAMPU MILIK INI HANYA BERHARGA


4. RM20 SAHAJA..

KLIK SINI DAFTAR SEKARANG JUGA!!!!!

http://teautonetwork.com/7584
 

 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

1 ulasan:

  1. Mintak pakatan harapan jangan layan dan peduli dgn pas..biarlah dia meroyan sorang2..tetapkan matlamat perjuangkan hak rakyat..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...