KOTA BHARU – Pas Kelantan menyifatkan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) mengheret pemimpin PKR dalam program anjurannya di sini sebagai usaha memecahbelahkan kerajaan Islam di negeri ini.
Setiausaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, ini kerana, PKR adalah rakan tahaluf siyasi Pas dalam bersama-sama membentuk kerajaan di negeri ini.
“Apa yang dibuat Amanah itu adalah bertujuan meruntuhkan kerajaan Islam di Kelantan. Jadi, kita rasa tidak munasabah untuk PKR berada bersama parti itu. Pas melahirkan rasa dukacita terhadap penyertaan tersebut,” katanya.
Beliau ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha sama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersama Jalur Saujana Sdn Bhd dan ICT Incubator Centre Sdn Bhd, di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menghadiri tiga program anjuran Amanah di negeri ini.
Dalam masa yang sama, Che Abdullah turut mempersoalkan, bagaimana surat teguran kepada pimpinan PKR tersebut boleh didedahkan kepada media.
“Bagaimana boleh terlepas kepada media, itu kita tidak tahu. Bagaimanapun, kita akan sentiasa memaklumkan kepada Pas Pusat perkembangan hubungan ini supaya Pas Pusat dapat buat keputusan.
“Di negeri (Kelantan), kita ikut saja. Cuma kita rasa dukacita suasana itu boleh berlaku,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu turut memberitahu, pihaknya sentiasa memantau ahli-ahlinya supaya tidak terlibat dengan perkara tersebut.
Sehingga kini, menurutnya, tiada sebarang tindakan disiplin diambil melibatkan pimpinan Pas negeri ini.
IKLAN PENAJA
Anda
adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda
pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang
dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk
berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk
menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami
membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan,
pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah
seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap
bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Apabila
elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima
pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.
Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda
menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak
mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan
Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.klik link sini : http://autod9.com/army
Bukankah Hadi kata Amanah boleh bertahan 2 tahun sahaja. Tahun depan berkuburlah Amanah. Kalau tidak berkubur bolehlah Hadi dilantik sebagai Ahli Nujum Negara!!!
BalasPadamKata tgh proses 100,000 borang..rupa2nya menjadi juga strategic PAN di pasar2 malam.. Tapi hakikat nya 100,000 borang yg dah berjaya diedarkan..kih kih..Kalau setakat ngedar aku pun boleh ngedarkan di pasar borong selayang..
BalasPadam