SHAH ALAM – Masyarakat perlu bersedia dan berhati-hati terhadap propaganda yang ditabur oleh parti-parti kerajaan.
Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat berkata, penduduk di luar bandar akan menjadi sasaran utama kerajaan untuk menyebarkan propaganda menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi meraih undi penduduk.
“Pada PRU 13, isu DAP dan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) menjadi propaganda kerajaan.
“Pada PRU 14, isu DAP, BR1M dan perpaduan ummah akan menjadi propaganda kerajaan. Sasaran utamanya adalah (masyarakat) Melayu luar bandar. Bersedialah,” katanya.
Pendapatnya itu dikongsikan menerusi sistem aplikasi media sosial Whatsapp, pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat khususnya orang Melayu supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan propaganda yang dibawa oleh kerajaan.
sh
IKLAN PENAJA
MESIN WANG SEMURAH RM20 SAHAJA..
KHAS KEPADA PENGGUNA TELIFON DI SELURUH MALAYSIA..
BOLEH MENIKMATI GAJI AKTIF DAN PASIF..
DAFTAR HARI INI JUGA KLIK SINI
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...