Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 03, 2015

TERKINI!! : KENYATAAN PANAS YB RAFIZI RAMLI..JOM LAYAN..

rafizi ramli

KUALA LUMPUR - "Jika mahu menutup skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pun, ia tak perlu dilakukan secara terang-terangan, kena la pandai-pandai," demikian kata Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli yang menyindir sinis Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin.

Rafizi berkata, larangan Hasan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada bercakap mengenai isu 1MDB secara terbuka hanya akan menguatkan persepsi bahawa PAC 'diperkudakan' kerajaan untuk menutup skandal tersebut.

"Dia buat macam ini, rakyat akan melihat bagaimana PAC diperkudakan untuk menutup 1MDB.
"Ia tidak menepati kehendak Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan segala yang berlaku sebelum ini dan sekarang dia cuba untuk menyekat ahli PAC, ini akan diihat sebagai rentetan cubaan menutup siasatan 1MDB," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PAC itu, hari ini yang mengatakan bahawa Tony Pua tidak sepatutnya bercakap secara terbuka mengenai skandal 1MDB.

Menurut Hasan, ini berdasarkan arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata Tony Pua mesti sama ada berhenti daripada menganggotai PAC atau tidak terbabit dengan siasatan jika beliau mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Mengulas lanjut, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga berkata, susulan peraturan mesyuarat yang diputuskan Pandikar pagi tadi, beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Harapan lain untuk menentukan penggantian Tony Pua dalam debat 1MDB pada Jumaat ini.

"Perkara ini akan diputuskan dan dibincangkan dahulu dalam Pakatan Harapan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Saya akan berbincang dengan Anthony Loke dan Setiausaha Amanah, Anuar Tahir, kami berhadap dapat keputusan sebelum Jumaat ini mungkin pagi esok, kami mungkin bincangkan malam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata lagi, beliau tidak menolak dan bersedia untuk menggantikan tempat Tony Pua dalam debat 1MDB yang akan bersiaran langsung di RTM, bermula 9 hingga 10 malam, Jumaat ini.

"InsyALLAH, siapa yang akan berdebat sama ada saya atau sesiapa saja, itu bukan keutamaan, itu bahagian mudah," tegasnya.

Sementara itu, Rafizi turut menegaskan bahawa tiada mana-mana peraturan Dewan Rakyat yang menyebut bahawa seorang ahli Parlimen tidak boleh bercakap sesuatu di luar institusi itu.

"Itu bukan satu masalah kerana prosedur dalam PAC bukan kes jenayah, maka itu Tony Pua dan Arul Kanda dengan memberi testimoni kepada PAC tidak akan menjejaskan siasatan atau mana-mana cara pun.

"Kalau ada pun maklumat diperolehi dari prosiding PAC digunakan dalam debat itu, Tony Pua telah menunjukkan disiplin sejak 3 tahun lalu, bahawa tiada dakwaan terhadap Tony Pua bahawa dia menyalahgunakan maklumat PAC untuk kegunaan di luar," katanya lagi.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...