Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, November 12, 2015

MAT SABU SANGGAH TIMBALAN PRESIDEN PAS..LAYAN..

Mohamad Sabu

TUMPAT – Parti Amanah Negara (Amanah) bukanlah parti yang menumpang Pas tegas presidennya, Mohamad Sabu.

Malah kejayaan Pas selama ini juga kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah atas usahanya kerana beliau bersama Pas dan membina  parti Islam Pas itu selama 37 tahun.

“Kita tak tumpang Pas, kejayaan Pas selama ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan Pas empat bulan, jadi selama ini 37 tahun saya telah bina Pas, kejayaan Pas selama ini kami yang buat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas program Santai Pagi Bersama Presiden di dataran Wakaf Bharu bersebelah Pasar Wakaf Bharu, pagi tadi.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini berikutan kenyataan Mat Sabu, Amanah sedia mengantikan Pas mentadbir  Kerajaan Kelantan pada PRU 14.

Mengulas kesediaan Amanah menggantikan Pas, Mat Sabu berkata, ia bukan satu mimpi selepas melihat sokongan rakyat pada parti Amanah.

“Tak mimpi... tak mimpi… kami akan melihat perkembangan sokongan, setakat ini sokongan sangat hebat,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Amanah sedia 'selamatkan' Kelantan?]

Dalam ceramahnya di Pasir Mas kelmarin, Amanah mempertimbangkan untuk meletakkan  calon PRU 14 di Kelantan sekaligus berusaha mengambil alih kepimpinan Pas Kelantan.

Hasrat itu bagi menyelamatkan Kelantan kerana mendakwa Pas negeri itu terpalit dengan pelbagai isu dan masalah.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

5 ulasan:

  1. Yg lepas2 lah.. kini anda jaga lah parti PAN.. x yah usik PAS lg. TiTM cuma respon pd kenyataan hang sblm tu jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan presiden pas apa kabar? buasir dah sembuh?

      Padam
    2. Alhamdulillah.. masih x mahu tunduk dgn DAP.. x macam PAN..

      Padam
    3. Alhamdulillah.. masih x mahu tunduk dgn DAP.. x macam PAN..

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...