Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, November 06, 2015

PANAS!! : APA SUDAH JADI PAS SELANGOR NI??


PAS mengambil pendirian tidak akan menyerang DAP walaupun parti itu menggesa semua wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS yang juga ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi berkata, sebagai sebuah parti Islam mereka tidak akan menyerang balik bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan PAS mempunyai adab dan akhlak.

Malah, beliau juga berpendapat bersabar adalah lebih baik daripada membuat serangan balas.
"Kita tidak ada masalah untuk menghadapi serangan DAP. Kita bukan tak nak menyerang (balik), tapi sebagai sebuah parti Islam kita ada adab dan akhlak.

"Kita tak mahu soal pertembungan ini menyebabkan gangguan dalam tadbir urus kerajaan negeri dan rakyat yang menjadi mangsa.

"Pada kita, bersabar lebih baik dari buat serangan. Jika serang pun, ia tidak ada keuntungan dari segi perjalanan politik PAS," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam.
Demi kebaikan rakyat

Sebelum ini, ada perwakilan DAP Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri memecat semua wakil rakyat PAS daripada jawatan pentadbiran bagi menyelesaikan kebuntuan gabungan politik di negeri itu.

Malah, Timbalan Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San juga menggesa supaya Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengiktiraf bahawa kerajaan Selangor kini adalah diterajui oleh Pakatan Harapan.

Menurut Lau yang juga adalah ADUN Kampung Tunku, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan kerajaan Selangor kini dipimpin oleh parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala PAS tiada dalam gabungan itu.

Walaupun pernah bergabung dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, pertembungan antara pemimpin tertinggi PAS dan DAP dalam beberapa isu sebelum ini menyaksikan Pakatan Rakyat terkubur.
Hubungan PAS - DAP juga menjadi tegang sejak itu.

Sallehen yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, walaupun terdapat desakan daripada DAP supaya partinya keluar daripada kerajaan negeri, namun dia berharap agar DAP dikekalkan dalam kerajaan demi kebaikan rakyat.

"Dalam urus tadbir kerajaan negeri, saya setuju untuk menteri besar terus kekalkan DAP. Bahkan, PAS tak minta pun DAP keluar dari urus tadbir kerajaan negeri walaupun kita tiada gabungan. Ini demi kebaikan rakyat," katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/
      

2 ulasan:

  1. pas ada adab dan akhlak tapi khianat pada perjuangan rakyat marhaen yg di zalimi oleh umno,bersubahat bersama kezaliman umno

    BalasPadam
  2. Masalah nya hadi dikelilingi oleh punahsihat2 yg mempunyai agenda trsendiri..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...