Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, November 19, 2015

SAH!! :10 cawangan Umno diakui terlibat desak Najib letak jawatan..

 Zein Isma Ismail

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mengakui wujud 10 cawangan Umno di negeri ini terlibat dalam desakan meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan rentetan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa merosakkan imej parti dan negara.

Zein Isma berkata, kesemua 10 cawangan Umno berkenaan adalah dari Bahagian Sepang.
“Pada awalnya, saya dimaklumkan wujud dakwaan bahawa 20 cawangan membuat desakan berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun ia telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan setakat ini dipercayai hanya 10 cawangan yang terlibat di bahagian itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

[ ARTIKEL BEKAITAN: Lepaskan jawatan: Umno bukan 'milik' Najib ]

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan bahawa wujud 10 cawangan Umno di negeri ini yang mendesak agar Najib mengundur diri selepas kecewa apabila beliau dilihat gagal menyelesaikan skandal 1MDB dalam tempoh enam bulan selain tidak menjawab kekeliruan berhubung syarikat dana pelaburan itu.

Najib juga dikritik kerana merombak Kabinet Julai lalu, menyaksikan pengkritiknya yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan.

Zein Isma yang juga Ketua Umno Bahagian Subang berkata, kepimpinan daripada cawangan berkenaan telah membuat tindakan tidak mengikut saluran yang betul.

“Tindakan mereka itu bukan mewakili suara Umno Selangor. Jika mereka tidak boleh terima kepimpinan perdana menteri, perkara ini harus dibawa dan dibincang dahulu secara terperinci dalam mesyuarat di peringkat cawangan.

“Jika dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) cawangan yang hadir itu bersetuju dengan cadangan tersebut, ia hendaklah dibawa kepada satu mesyuarat persidangan khas cawangan yang memanggil semua ahli dalam cawangan itu.

“Pada saya... seorang ketua tak boleh sepenuhnya membuat keputusan. Saya yakin ada di kalangan timbalan ketua cawangan atau ketua wanita atau AJK lain yang tak bersetuju dengan keputusan yang dibuat ketua cawangan,” katanya.

Menurutnya, ketua cawangan adalah pemimpin cawangan dan bukan keputusan yang dibuat oleh ahli di cawangan.

“Itu hanya pandangan ketua cawangan, maka dengan itu saya bersetuju dengan cadangan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta agar Ketua Umno Bahagian itu (Sepang)  membuat laporan penuh tentang perkara ini dan Ibu Pejabat Umno juga perlu menyelidik dan siasat perkara ini.

Dalam pada itu, katanya, Umno Selangor akan terus menyatakan sokongan penuh kepada Najib sebagai Presiden Umno merangkap perdana menteri.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui akan menyiasat kemungkinan wujudnya dalang di sebalik desakan meminta pengunduran Najib oleh sekumpulan pemimpin akar umbi di Selangor dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya akan mengadakan sidang media menjelaskan perkara  berkenaan hari ini di pejabat Umno Bahagian Sepang.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...