Senarai Blog...Geng

Jumaat, November 27, 2015

PRU14 : PENGUNDI SEKARANG SUDAH BIJAK..JANGAN CEPAT BERPUAS HATI..

Nik Nazmi Nik Ahmad

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan perwakilannya bahawa pengundi hari ini lebih kritikal dan tidak lagi hanya melihat lambang parti semata-mata.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengundi hanya akan memberi kepercayaan sekiranya parti-parti pembangkang tersusun dengan baik.

"Pengundi tidak akan teragak-agak menghukum keegoan kita. Tambahan  jika kita gagal menunjukkan kesediaan mengambil alih kepimpinan negara," katanya ketika menyampaikan ucapan Dasar pada Kongres Nasional AMK 2015, di sini, hari ini.

Mengambil contoh nasib pembangkang di Singapura yang tewas kepada PAP, beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang di negara ini turut menerima nasib sama jika masih tersangkut pada nostalgia lama.

"Selepas berjaya memenangi beberapa kerusi dalam pilihanraya sebelum ini, pembangkang masuk pilihanraya lalu dengan lebih tersusun, satu lawan satu.

"Pada masa sama, PAP menjadikan penggal lalu sebagai tempoh perbaiki diri. Hasilnya, rakyat kembali beri kepercayaan kepada PAP dan pembangkang tewas teruk walau ceramah anjuran mereka dihadiri pulihan ribu penyokong," katanya.

Justeru itu, menurutnya untuk memastikan kemenangan milik pembangkang, mereka tidak boleh hanya berpuas hati dengan mentadbir Pulau Pinang dan Selangor.

"Kita tidak boleh berpuas hati hanya dengan menghalang Umno-BN daripada memperoleh majoriti dua pertiga.

"Kita mesti meletakkan misi yang lebih tinggi iaitu menang dan mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Tidak ada pilihan kedua," katanya.

Katanya lagi, model kerjasama Pakatan Rakyat (equal partnership) masih belum cukup sempurna, terlalu longgar dan samar.

Beliau juga menggesa agar pengumuman pertandingan kerusi secara unilateral dihentikan serta merta.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...