Senarai Blog...Geng

Jumaat, November 20, 2015

PANAS!! : PAS TERENGGANU PANAS DENGAN ADUN PKR..

Azan Ismail

KUALA TERENGGANU – Adun Bandar, Azan Ismail tidak perlu menjadi ‘Lone Ranger’ khusus dalam Sidang Dun.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, sepatutnya suara semua Adun pembangkang adalah suara bersama apatah lagi Pas dan PKR masih lagi mempunyai hubungan tahaluf siyasi.

“Jangan bersikap ‘Lone Ranger’ kerana dalam Sidang Dun (Adun pembangkang) bawa suara pembangkang. Kecuali kalau dia bawa sikap untuk tidak bersama (dengan Pas). (Kalau berlaku) kita perlu fikirkan semula (hubungan dengan PKR),” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Bagaimanapun beliau berkata, Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu tidak pernah memberikan pendirian untuk tidak bersama-sama dengan Pas khusus di peringkat negeri.

Sementara itu, mengulas mengenai isu tanah dibangkitkan Adun tersebut, Satiful yang juga Adun Paka memberitahu bahawa perkara itu juga sudah lama diperjuangkan Adun-adun dalam Pas dalam Sidang Dun.

Beliau sendiri pernah membangkitkan isu supaya kerajaan negeri menambah jumlah tanah simpanan Melayu yang semakin mengecil di negeri ini.

“Kita turut persoal tanah Umno yang digadai kepada orang asing dan saya juga ada bawa dua geran yang tergadai kepada bangsa asing ketika sidang Dun. Selain itu, tanah rizab Melayu yang sedikit di negeri ini, baki lagi adalah tanah pegangan Melayu,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul soal Adun Pas tidak memberi komitmen dalam perkara itu sambil memberitahu isu itu melibatkan soal tanah rizab Melayu dan pegangan Melayu yang kedua-duanya diambil peranan oleh Adun Pas.

“Sidang itu panjang. Semua wakil rakyat ambil peranan bahas... berhubung tuduhan kepada Pas, kita faham isu itu tetapi mengapa masa mengundi, beliau tidak tolak dan kenapa ketika mengundi, dia juga bersama Adun Pas lain yang bersikap berkecuali,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya komitmen Adun-adun tidak dipersoalkan seolah-olah hanya satu pihak sahaja bekerja dan yang lain hanya makan gaji buta.

“Ada di kalangan pemimpin Pas tergores seolah-olah hanya dia sahaja ambil tahu, manakala orang lain membisu,” katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

2 ulasan:

  1. Menagajar orang pandai tetapi bila kena giliran dia.dia tak tahu nak buat macaman .nasihat orang jangan jadi longe ronjer tapi dia (mereka) join perompak .kah.kah.kah.cakap tak serupa keropok lekor.

    BalasPadam
  2. Korok mung Satiful Bahri. Tahaluf siyasi PAS baik dgn DAP atau PKR dah gugur bila muktamar meluluskan usul DUPP untuk putus hubungan dgn DAP. Tahaluf siyasi itu meluluskan kerjadama 3 pihak, maknanya bika dah putus hubungan dgn DAP, mana ada lagi hubungan 3 pihak yg dinyatakan secara jhusus dakam tahaluf siyasi itu.

    Bado bodo....tu pasal ka dah 2 PRU sejak 2004 PAS Terengganu masih gagal tawan balik Terengganu drp tgn UMNO walaupun UMNO Terengganu lemah separuh nak mati. Puak PAS Terengganu lagi oenah drp UMNO Terengganu yg dah s3paruh mati dalam 2 PRU mutakhir ini...sebab penimpin PAS Ganu senua jebis bengong macam mung, Satipul!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...