Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, November 09, 2015

PAS DAH TERASA TERGUGAP...kikikikikiki..

 Pas

SHAH ALAM – Pas Selangor disarankan agar mengerahkan jentera pilihan rayanya untuk mendekati pengundi tanpa mengira batas kaum termasuk dengan bantuan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yussoff berkata, tindakan itu penting dalam berdepan dengan taktik DAP yang mahu ‘merampas’ kerusi Pas di Selangor.

“Pandangan untuk Pas Selangor, bagi berdepan dengan taktik DAP itu, haruslah Pas melaksanakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.

“Peranan DHPP hendaklah aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau melihat cubaan DAP mengganggu kerusi Adunnya di Selangor itu sebagai taktik memecah undi.

“Sekiranya bertanding di satu-satu kerusi dengan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka akan dibaca sebagai taktik untuk memecah undi. Kesannya parti yang tidak kuat akan kalah. Malah parti yang mencuba pun akan kalah.

“Dalam kes DAP mahu bertanding di lapan Dun yang dimenangi Pas ini dilihat sebagai taktik memecah belah undi Pas.  Maka yang tersirat boleh dibaca, ia satu taktik DAP untuk mengembalikan Umno (BN) di kerusi yang komposisi pengundinya 20-30 peratus bukan Melayu,” katanya.

Jelasnya, jangkaan itu kerana pada pilihan raya umum yang lalu, Pas menang hasil sumbangan pengundi bukan Melayu di Selangor.

“Jika DAP bertanding di situ, bacaan DAP mereka akan dapat undi itu dan bagi DAP pengundi bukan Melayu tak akan undi BN, sebaliknya akan undi DAP. Maknanya Pas akan peroleh undi Melayu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mengumumkan parti itu telah bersedia meletakkan calon sekaligus untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas.

Mengulas lanjut, Wan Nik mengakui bahawa mana-mana parti bebas bertanding untuk mana-mana kerusi namun katanya, perkiraan menang kalah biasanya akan bergantung kepada ketentuan strategi bertanding.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

5 ulasan:

  1. Kah .kah..kah yg Hj.Hadi kata PAS akan bertanding disemua tempat di mana DAP bertanding dah lupa ka..tapi DAP tenang je. Bila DAP gertak je nak bertanding d 8 tempat yg di menangi PAS sewaktu bersama PR tapi akan di putuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dulu....sana sini kita dengar PAS berketak..macam2 dituduh nya DAP..macam ni ke akhlak ISLAM..x payah le letak nama Parti ISLAM, memburukkn agama ISLAM je.bukan Islam akan menjauhkn diri dari agama Islam...Letak je nama parti Melayu Pantai Timur.



    BalasPadam
  2. kuk panda demo lah...nok tanding ko, gapo ko, oghe malah nok ccagho doh...

    BalasPadam
  3. Kenapa Dr Wan Nik Wan Yussoff perlu melatah, bukankah PAS adalah satu parti yang cukup kuat?

    BalasPadam
  4. Berasa ketar pala lutut doh ko

    BalasPadam
  5. "Sebelum ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mengumumkan parti itu telah bersedia meletakkan calon sekaligus untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas."

    Abis tu AMANAH nak bertanding kat mana? Dun Rhu Rendang? Ada berani ka?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...