Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, November 13, 2015

BAGUSNYA PARTI AMANAH NEGARA...JOM BACA KHAS ORANG KELANTAN..

Amanah yakin Pas berubah

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara yakin Pas akan berubah dan sudi bekerjasama denganPakatan Harapan menjelang PRU14 akan datang.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak seharusnya melihat parti itu memusuhi mereka kerana Amanah bekerja atas semangat kerjasama pembangkang melalui Pakatan Harapan.

“Sedangkan kita sebenarnya bergerak untuk mempertahankan Kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

“Sikap Pas yang mengambil keputusan untuk bergerak secara sendirian,  telah mewujudkan seolah-olah pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan Pas. Walaupun begitu, kita berharap Pas akan berubah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan Amanah tidak boleh dipercayai dan berbohong kepada rakyat mengenai matlamat perjuangan mereka.

Menurutnya, Amanah ditubuhkan akibat daripada rasa kecewa dan hilang keyakinan sebahagian daripada  pemimpin dan penyokong Pas ke atas sikap pemimpin itu sendiri terutama berhubung hala tuju perjuangan Pas dan hubungannya dengan parti-parti politik lain.

Beliau berkata, Pas hari ini dilihat amat memusuhi rakan politik dari kalangan pembangkang, dan dalam masa yg sama mengamalkan dasar ‘mesra Umno’ dalam politik.

“Pada awal penubuhan Amanah, memang kita tidak bercadang untuk menjadikan semua parti pembangkang termasuk Pas sebagai lawan politik kerana penubuhan Amanah ialah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Pas dalam pakatan pembangkang melalui penubuhan Pakatan Harapan.

“Namun semenjak parti Amanah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2015, Pas tidak pernah membuka ruang kerjasama dan perbincangan secara rasmi dengan parti-parti pembangkang lain termasuk parti Amanah.

“Sikap Pas sebenarnya telah mencipta ruang untuk dilihat seolah-olah penubuhan Amanah adalah bertujuan menentang Pas, sedangkan sasaran kita ialah menentang BN satu sama satu melalui Pakatan Harapan,” katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...