Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, November 02, 2015

PANAS!! : BUKIT JELAS PARTI PAS ADA KERJASAMA DENGAN KERAJAAN BN..

Lim Guan Eng

SHAH ALAM – Keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bersama Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjasama dengan BN, dakwa Setiasaha Agung, DAP Lim Guan Eng.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Guan Eng didakwa kesal dengan tindakan Pas yang enggan menolak Bajet 20156, sekaligus sebagai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya lagi, tindakan yang diambil parti Islam itu jauh tersasar daripada kenyataan mereka sebelum ini untuk bersama parti pembangkang.

"Biar rakyat yang menilai mengenai keputusan Pas, bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan penyokong mereka.

"Dahulu undi Pas adalah merupakan alternatif buat kita namun sekarang mereka tunjukkan mereka ingin bersama BN," katanya selepas merasmikan Konvesyen Biasa Negeri Selangor DAP, 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Sinar Harian melaporkan hari ini Pas mengambil langkah berkecuali daripada parti pembangkang lain untuk menolak usul Bajet 2016 dibentangkan Najib yang juga menteri kewangan pada 23 Oktober lalu.

"Kita katakan BN adalah sebahagian daripada masalah dan DAP adalah sebahagian daripada penyelesaian masalah.

"Satu alternatif baharu yang bersih dan berdaya saing. Seperti saya katakan, sekiranya mereka mahu menjadi sebahagian daripada penyelasaian namun kekal sokong BN, mereka ini adalah masalah," katanya

Kata Guan Eng lagi, penolakan Bajet 2016 akan tetap diteruskan meskipun Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan untuk menyokong usul tersebut.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. pas parti pembohong

    sekali pas bohong Allah dan Rasul dgn menipu hudud. .. maka akan didorong lidah pemimpin pasug terutama hadi utk terus berbohong.. tanpa disedari

    pas merancang Allah juga merancang, maka sudah pasti pembohong akan didedahkan Allah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...