Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Januari 09, 2013

'Larangan hanya kepada PR, tidak Umno' - DSAI

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan orang bukan Islam di negeri ini hanya terpakai kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, walaupun titah tersebut dikeluarkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (Mais), ia tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

“Mais bergerak bebas dan tak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri Selangor, bahkan beberapa kenyataan Mais itu tidak semestinya mewakili kerajaan negeri.

“Sebab itu semua larangan berkenaan hanya terpakai kepada PR dan tidak kepada Umno,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Pagi tadi, Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Berikutan itu, Mohd Misri berkata, Tuanku telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Mais, Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin berhubung perkara itu.

Tegasnya, baginda membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah ALLAH adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010./SinarHarianOnline

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
    

3 ulasan:

  1. MAIS kena minta gubah semula lagu negeri Selangor. Buang perkataan Allah dalam lagu tu. Ada berani???

    BalasPadam
    Balasan
    1. oiii mangkuk, yang diharamkan bukannya sebutan allah oleh puak kafir, tapi perkataan God dilarang ditukar kpd "Allah" dlm bible. Ko pun nak jadi Dr Maza jugak, putar belit?

      Padam
    2. Klau kita nie berilmu sket dlm agama...xla mjadi isu sgt perkataan Allah tu...yg jd masalahnya bila kita jahil agama...klau bab2 pentadbiran/politik xblh pkai hukum hakam agama..payah nk rasuah...klau bab solat baru pkai agama...melatah ala Umno la nie...kn..xyh ckp lbih2 klau arak pun kita teguk...hina betul ketua agama mcm nie...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...