Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 31, 2013

Projek IC: Rakyat Sabah kecewa negeri digadai oleh Tun M..

KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan kepada rakyat Sabah sekarang ini.

"Sebagai rakyat Sabah saya kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak mengikut prosedur dan undang-undang.

"Sekarang ini kita sendiri pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.

"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Aminuddin juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.

"Sebahagian yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.

Justeru tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing sewenang-wenangnya.

"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.

"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya./HarakahDaily

    

1 ulasan:

  1. sebenarnya pemberian Ic yang tidak mengikut procedur di Sabah lebih banyak membawa keburukan kepada penerima dan ahli keluarga.mengikut pemerhatian saya antara kesannya.
    1.dalam sesebuah keluarga tidak semua mendapat ic,cthnya.mungkin ayah mendapat ic tetapi si ibu tetap pemengang imm13.
    2.memberi kesan yang tidak sihat dan berbau perkauman,di mana bila seorang anak di daftarkan kesekolah sesetengah cikgu mengeluarkan perkataan ayah atau ibu budak ini ic projek.
    3.yang paling teruk ialah pemberian ic projek telah banyak menimbulkan keadaan komplekatif dalam sebuah keluarga kerana tidak semua keluarga itu mendapat ic dan bila di urus ke jabatatan atau individu yang di kira boleh membantu pelbagai birokrasi di praktiskan,akhirnya sehinnga kini kita akan dapati dalam sebuah keluarga ada yang pemengang imm13 dan ada yang langsung tiada surat beranak.kiranya ada pihak tertentu,NGO atau individu ingin mendapatkan gambaran lebih jelas saya sedia berkerjasama.Mohammad Akram 0128166858

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...