Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Januari 29, 2013

Pakatan tetap pertahan kuasa politik orang Melayu - Khalid Samad


Khalid Samad
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Samad 
 
HULU SELANGOR - Walaupun terdapat dakwaan bahawa kaum Melayu berpecah kebelakangan ini khususnya sejak 2008, Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan terhakis sama sekali jika perikatan muda itu menguasai Kerajaan Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad berkata, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, sebahagian kerusi Melayu ditandingi oleh Pas dan sebahagiannya PKR, tetapi hanya sebilangan dimiliki DAP.

"Sebenarnya kerusi Melayu (dalam PR) tetap sama.

"Kerusi Melayu yang Umno tandingi (dalam kerusi Parlimen) lebih kurang 132. Jumlah kerusi Melayu dalam PR tetap sama. Maka, walaupun tidak dikuasai oleh satu parti jumlah kerusi Melayu tetap sama," katanya.

Menurutnya, jika bilangan kerusi Melayu terbahagi dua maka, tidak wujud penguasaan diktator seperti yang didakwa berlaku dalam Umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya PR Hulu Selangor di Jalan Kantan di Bukit Sentosa di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, beliau menjelaskan perkara itu berikutan sentimen parti dan perkauman didakwa dilakukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga mencetuskan kebimbangan kononnya Melayu akan hilang kuasa jika PR memerintah.

Menurutnya, setiap parti dalam komponan PR seperti Pas, PKR dan DAP tidak akan berkuasa mutlak kerana mempunyai bilangan kerusi yang seimbang, malah segala dasar yang mahu ditentukan memerlukan kesepakatan serta persetujuan ahli komponan.

"Bila kita dedahkan segala penyelewengan (dalam BN) maka dia nak takutkan Melayu, DAP berkuasa (jika PR menang).

"Pada (PRU) 2008, DAP bertanding 48 kerusi Parlimen dan mungkin bertambah lebih kurang 54 pada 2013. Adakah DAP boleh memerintah sekiranya menang kesemua 54 kerusi Parlimen (daripada 222)?. Tidak boleh," katanya.

Katanya, begitu juga dengan Pas jika memenangi kesemua lebih kurang 70 kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU13, tidak akan dapat berkuasa sendirian termasuklah PKR.

Menurutnya, untuk berkuasa PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen iaitu dengan mejoriti mudah./SinarHarianOnline

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...