Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Januari 18, 2013

Wujudkah 'Projek IC' di Selangor???


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor .

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan.

Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.

"Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut.

"Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?" Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini./MalaysiaKini

"REWARD POWER!!!!!"Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!  
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...