Senarai Blog...Geng

Sabtu, Januari 05, 2013

Anwar Ibrahim kecam majalah Perancis hina Nabi


Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terbaru terhadap Nabi Muhammad SAW dengan melakar kisah kehidupannya dalam sebuah majalah satira diterbitkan di Perancis baru-baru ini.

Katanya, karya tersebut, yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi umat Islam serta cuba untuk membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.
"Islam melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara, melainkan seperti yang telah digambarkan dalam al-Quran.

"Sewajarnya diletakkan satu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, kerajaan Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi terbaru ini dengan kadar segera.

"Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalah guna oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan," kata Anwar./SinarHarianOnline

  JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...