Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 03, 2013

Pakatan: SPR sekat fungsi NGO pantau PRU13


Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
PETALING JAYA - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat yang mengadakan mesyuarat pertama mereka tahun ini mempertikaikan garis panduan yang dikenakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas badan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PR berpandangan garis panduan ditetapkan SPR itu sebenarnya lebih berbentuk "halangan" dan lebih menjurus ke arah panduan pemerhatian pascapilihan raya.

"... ia tidak langsung mencerminkan SPR untuk melaksanakan perjalanan pilihan raya yang lebih telus dan adil. Kalau tidak mana mungkin datang pelbagai bentuk sekatan yang sebahagian besarnya tak munasabah sama sekali," ujar beliau.

Jelas Saifuddin, larangan-larangan yang dikenakan ke atas pemerhati antaranya ialah pemerhati tidak dibenarkan melihat proses pengiraan undi, tidak boleh merakamkan gambar sekiranya berlaku penipuan tanpa kebenaran pegawai bertugas, tidak boleh berkomunikasi dengan pegawai di pusat pembuangan undi, tidak boleh bercakap kepada media, menunjukkan adanya usaha menyekat peranan badan yang dilantik ini.

Bahkan ujarnya, PR telah mengklasifikasikan tanggungjawab pemerhati ini berada dalam keadaan kritikal di beberapa kawasan yang digelar "kawasan panas" oleh perikatan itu.

"Kawasan panas" yang dimaksudkan seperti kawasan yang ditandingi oleh pimpinan tertinggi parti, kawasan yang mencatatkan peningkatan pengundi baru yang tinggi, kawasan yang mencatatkan sejarah perbezaan undi dan keganasan serta kawasan yang mencatatkan perbezaan undi kurang tiga peratus.

"Kawasan ini memerlukan aspek pemantauan itu ditingkatkan dan ini juga kita bincang secara terperinci.

" Jika tidak diberi kawalan pemantauan serta berlaku pula manipulasi oleh SPR, ia akan menjejaskan keputusan-keputusan pilihan raya bagi kawasan-kawasan berkenaan," tegas beliau.

SPR baru-baru ini melantik Transperency International (TI), Asli Centre for Public Policy Studies (ASLI-CPPS), Merdeka Center, Institute for Democracy and Economic Affairs, Majlis Belia Malaysia dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia bagi memantau perjalanan PRU13./SinarHarianOnline

 JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...