Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Januari 26, 2013

'Asalkan menang alhamdulillah, tak terlalu tipis' - DSAI


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim menjawab pelbagai aspek melibatkan politik tanah air dan Pakatan Rakyat menjelang PRU13. - Foto oleh SAFWAN MANSOR
 
SHAH ALAM - Meskipun pelbagai pihak meramalkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, masing-masing berhadapan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menang dengan agak selesa.

Walaupun tidak membuat kiraan jumlah kerusi yang akan dimenangi, Anwar optimis jika pembangkang menang, ia bukan dengan majoriti terlalu mudah.

"Saya tak buat kiraan ikut kerusi. Asalkan menang Alhamdulillah. Tak terlalu tipis. Insya-ALLAH," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di pejabatnya baru-baru ini.

Selain penganalisis politik yang membuat pelbagai ramalan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata, mana-mana parti yang menang dalam pilihan raya kali ini, kemenangan itu hanyalah dengan majoriti mudah.

Beliau menyanggah sama sekali keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN akan menang dengan majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam parti itu.

"Kalau Pakatan Rakyat menang pun, kita tidak akan dapat majoriti dua pertiga. Tak akan ada mana-mana pihak yang akan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga," ujar Mustafa.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini dalam program Bicara Minda anjuran Kumpulan Media Karangkraf berkata, BN dikira tewas sekiranya gagal memperoleh kemenangan dua pertiga dalam RRU13 sepertimana 2008./SinarHarianOnline

"REWARD POWER!!!!!"Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!   
    

2 ulasan:

  1. Kalau tiada penipuan, saya rasa PR boleh menang. Saya khuatir berlaku pemindahan pengundi projek IC Sabah ke Semenanjung. Google: 1. 40,000 -warga-asing,misi tawan Sngor 2.Usaha jatuhkan MB 5000 IC pindah ke Selangor 3.Henti beri IC setelah 16,000 lulus, dedahkan 4. 200,000 pendatang IC projek dipindahkan ke Semenanjung kebanyakannya ke Selangor. Dari komen org ramai memang benar org Sabah dan pakistan yg memiliki IC berkeliaran di mana2 ,bertambah ramai akhir2 ini, dikenali melalui percakapan mereka. Tempahan tiket Air Asia dan segalanya percuma. Ini dirancang dgn teliti sprt projek ic sabah.

    BalasPadam
  2. Yg penting senarai pengundi sudah di bersihkan.Pengundi IC projek dibersihkan sekali sebelum pilihan raya. Benar/tidak tempahan ini berlaku perlu di siasat.Satu lagi hal perlu ada petugas Pakatan Rakyat yg duduk sebelah pegawai yg beri kertas undi.Pegawai2 yg pro BN, pangkahkan undi utk org yg tak hadir.Lepas tu garis nama org itu seolah2 hadir, sebaik saja masa mengundi tamat, mereka cepat2 pangkah dan masukkan ke dlm peti undi sebelum di seal.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...