Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Januari 12, 2013

Pemandu Teksi: KL112 peluang tambah pendapatan

KUALA LUMPUR 11 Jan: Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi boleh mendapat pendapatan lebih semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 berlangsung.

“Ramai orang ada di Kuala Lumpur esok, bermakna pemandu teksi ada peluang untuk tambah pendapatan,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau hairan dengan kenyataan Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) Syahrir Abdul Aziz kononnya pendapatan pemandu teksi terjejas jika himpunan diteruskan.

“Bayangkan kalau sejuta orang datang ke Kuala Lumpur. Bohonglah kalau kata pendapatan terjejas. Bertambah, adalah,” tegasnya.
Malah beliau mengalu-alukan saranan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 untuk mengguna kenderaan awam termasuk teksi untuk ke lapan lokasi yang ditetapkan.

Amran juga terkejut alasan Petekma, kononnya Himpunan #KL112 punca kesesakan lalu lintas, sedangkan sebelum ini turut diadakan himpunan besar di ibu kota seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan malam tahun baru.

“Mana-mana pemandu teksi mesti faham situasi. Katakanlah dia tahu ada himpunan di sesuatu tempat, dia mesti cekap melihat kesesakan lalulintas. Ini perkara biasa,” katanya.
Justeru, beliau sendiri memberi komitmen menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan antara jam 2 hingga 5 petang esok.

“Setahun ada 365 hari bukan? Esok, kita macam cutilah,” kata Amran yang akan turun ke Stadium Merdeka bersama rakan-rakannya./KeadilanDaily

"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...