Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 27, 2012

Asri keterlaluan samakan ulama Pas dengan Ayatollah - Ketua Penerangan Ulama Pas

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.
"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.

"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.

Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.
"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.

Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.

Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
 
"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang.
"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.

Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.
Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.

"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.

Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.

"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.

"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.

Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.
"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi./SinarHarianOnline

 PANAS!!!! MINYAK PETROL JIMAT 50% ,DISAMPIN ITU DUIT MASUK!!!!!!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!
    

4 ulasan:

  1. dr asri kata mana2 parti politik termasuk pas, bukan pas lah... dont make this an issue lah... akan jadi macam iran tak sma dengan macam iran.. why bother to highlight suc issue where there are many other big/ important issue to highlight.mdlam pas, ulama mmg dah lama terbuka ... please stop cofusing others with your article here... please watch the video of the debate first before you even post your opinion whatsoever...

    BalasPadam
  2. helo Zawawi,
    macamana pula kau marah-marah, yang duduk usung Asri ke hulu ke hilir adalah geng PAS juga.
    Bukankah geng PAS dah tahu siapa penaja utama Asri?. Namun geng PAS ni memang otak lembab, masih tak serik-serik kena tipu UUMNO.
    Tersengih Kasim Baba bila tenguk ketua penyamun masih diusung kiri kanan setelah 40 penyamun ramai-ramai masuk ulamak UMNO.

    BalasPadam
  3. kalau tak boleh tegur duduk dalam hutan. sepatutnya teguran itu menjadi motivasi atau sempadan peringatan. kalau benar "Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah" Kalau benarlah berpegang kepada aqidah ASWJ kenapa nak takut. berdoalah atau berserah kepada Allah untuk menjadi pemimpin yang baik. saudara tak menghayati perjuangan Rasulullah. Biar Baginda dihina atau dicaci namun Baginda tetap berdoa kepada Allah. Mengakui akan kelemahannya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum....

    Pada pandangan saya, apa yang dikatakan oleh Dr. Asri itu adalah merupakan satu 'ingatan' bukannya tuduhan. Terimalah ia dengan hati yang terbuka dan fahamilah 'bahasa' yang digunakan iaitu Bahasa Melayu. Jangan cepat melatah dan membuat komen melulu yang dengan sendirinya menunjukkan kelemahan pemikiran kita serta memberi ruang kepada 'musuh politik' atau 'syaitan yang dikenali' mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan membuat provokasi.

    Pesan memesan dan ingat-mengingati adalah suruhan Allah dan Nabi s.a.w. dalam Islam. Berterima kasih kepada orang yang menegur dan mengingatkan kita dari lupa diri dan hanyut dalam arus 'merebut kuasa'.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...