Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Oktober 15, 2012

Anwar Ibrahim yakin dengan 'angin perubahan' di Sabah

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perubahan politik akan berlaku di Sabah dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, beliau yakin dengan "angin perubahan" tersebut apabila melihat sambutan menggalakkan daripada rakyat Sabah dalam kunjungannya ke beberapa kampung di Pensiangan, Tenom, Lahad Datu dan Tawau.

“ Di Pensiangan semalam, saya melihat seorang ibu datang sambil menggendong anak. Dia datang kerana soal tanah, maruah, harga diri dan ini tidak boleh diberi dengan zink.

"Saya boleh lihat pada mata mereka dan juga kesungguhan mereka. Oleh itu saya yakin perubahan akan berlaku,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah di Beringgis kelmarin.

Dalam ucapannya itu, Anwar antara lainnya membangkitkan mengenai janji Pakatan untuk menurunkan harga minyak dan harga kereta sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Katanya, ramai yang beranggapan bahawa perubahan yang dianjurkan Pakatan itu hanya terhenti setakat di negeri Johor sahaja semasa semasa pilihan raya umum 2008.

Tetapi apa yang bakal berlaku  adalah yang di sebaliknya – perubahan yang berlaku di Sabah akan melanda Johor dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia, kata Anwar lagi.

Katanya, usaha yang dijalankan oleh dua orang bekas MP BN – Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin – memangkinkan perubahan itu.

"Penghargaan khusus ditujukan kepada Datuk Lajim dan Datuk Wilfred  kerana membantu sebagai pemangkin. Tetapi yang membuat keputusan adalah rakyat.

"Ini bukan soal peralihan kuasa biasa, tetapi kita nak tukar sistem sedia ada. Kita mahu hentikan penyelewengan kuasa," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya membetulkan sistem pengurusan di Sabah apabila menang kelak, dan tidak lagi mengikut cara lama BN.

"Sabah adalah negeri yang kaya tetapi rakyatnya adalah miskin. Ini disebabkan pengurusan yang tidak betul. Sebab kekayaan tak diagihkan. Ini yang kita mahu betulkan.

"Kita bukan nak menang kerana nak tunjukkan keaiban orang lain, tetapi kerana kita yakin kita boleh laksanakan program," tegas Anwar yang turut mengakui sedih melihat keadaan rakyat miskin di Lahad Datu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan pemimpin Angkatan Perubahan Sabah – ketua PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini, bekas senator BN Maijol Mahap, bekas ketua bahagian Umno Tanjung Aru Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat negeri itu, Datuk Dr Richard Gunting./MalaysiaKini

JIHAD EKONOMI BERMINAT SILA DAFTAR SEKARANG!!   
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...