Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 05, 2012

Rasuah: Najib ‘berkokok, ekor bergelumang tahi’


Adakah pemimpin-pemimpin BN mampu buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan serta menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?
Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa telah menyeru agar pemimpin-pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. Malangnya, kenyataan Najib ini umpama ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti yang paling kukuh kegagalan BN untuk membanteras rasuah. Lagi teruk, Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali sendiri telah menyatakan bahawa CPI Malaysia terus merudum akibat “elemen kerajaan” yang menggalakkan “rasuah besar”. Malah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung sendiri telah mengakui bahawa rasuah di Malaysia merugikan rakyat sebanyak RM26 bilion setiap tahun.

Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut. Sehingga kini tiada jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya tentang kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.

Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka. Ini telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan barisan Exco telah membuat pengisytiharan harta secara terbuka yang telah diperakui oleh firma akauntan antarabangsa. Jika Pulau Pinang mampu  melakukannya, kenapa tidak Perdana Menteri dan Kabinetnya?

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah-rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelakkan terjadinya lagi satu skandal RM250 juta “lembu dan kondo” NFC.

Lagi satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni, hatta rakyat kerugian seperti dalam kes penjualan tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi dengan harga murah. Adakah peruntukan RM386 juta untuk 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak ataupun RM6.7 juta sebuah kedai boleh diwajarkan? Dengan kos RM6.7 juta sebuah kedai, adakah kedai-kedai KR1M ini menjual barangan harian seperti gula, garam dan beras ataupun barangan mewah seperti bag-bag tangan dan barang kemas?

Di Pulau Pinang, tender terbuka telah dilaksanakan sejurus selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2008 dan sejak itu kerajaan negeri berjaya mencatat bajet lebihan setiap tahun. Wang yang dijimat pula diberi balik kepada rakyat setiap tahun melalui “dividen anti-rasuah”.

Ini adalah akibat dasar toleransi sifar terhadap rasuah di mana pemimpin-pemimpin PR telah membuktikan diri dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan dan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang hidup dengan gaya mewah. Adakah Najib boleh buktikan yang sama?/HarakahDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...