Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 06, 2012

Menteri Umno Tidur.....

Pakatan dakwa menteri 'tidur'
Wartawan Sinar Harian
6 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semalam, mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob  'tidur'  kerana didakwa tidak bertindak terhadap syarikat yang gagal kemukakan akaun teraudit tahunan.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak dapat diterima apabila hanya akan mengambil tindakan jika laporan dibuat.

“SSM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana sudah mempunyai rekod syarikat berkaitan. Ini jawapan paling malas daripada mulut menteri.

“Bukan kerja orang awam untuk cari syarikat yang bersalah,” katanya di lobi Parlimen, kelmarin.
Menurutnya, kenyataan Ismail Sabri bahawa beliau baru tahu dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings tidak  failkan akaun teraudit sejak 2006 dan 2007 tidak dapat diterima pihaknya.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan buat kenyataan bahawa bukan hanya syarikat milik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tetapi kerajaan akan turut menyiasat, termasuk syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan./SinarHarian


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...