Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Oktober 13, 2012

Pemberian royalti 20% tak jejas operasi Petronas - Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Pembayaran royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri tidak akan menjejaskan keupayaan Petronas sekiranya mekanisme Pakatan Rakyat digunapakai.

Mekanisme yang ditawarkan Pakatan Rakyat itu tidak akan sesekali mengganggu atau mengubah struktur cukai atau royalti Petronas sebanyak lima peratus itu.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat berjanji untuk memperuntukan tambahan 15 peratus royalti itu dari belanjawan persekutuan, tegas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mempertikai kenyataan Petronas semalam, yang mendakwa operasinya akan terjejas jika bayaran royalti kepada negeri-negeri dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Rafizi berkata asas Petronas mengatakan sedemikian kerana menganggap Pakatan Rakyat akan mengenakan cukai tambahan dalam bentuk royalti kepada Petronas.

"Jika buat begitu, mengenakan cukai tambahan, memang ia akan menjatuhkan pendapatan dan keupayaan Petronas.  Tapi, Pakatan Rakyat tidak mencadangkan demikian," kata beliau.

Sebaliknya, jelas Rafizi tambahan 15 peratus bayaran royalti itu ditarik dari belanjawan persekutuan, yang jika dilihat hasil minyak kerajaan persekutuan sekarang sebanyak RM70 bilion setiap tahun.

"Pakatan Rakyat buat kiraan, kita gunakan hasil tersebut untuk menambahkan bayaran royalti itu.  Lima peratus dari Petronas yang sedia ada seperti sekarang, tambahan 15 peratus dari peruntukan tambahan," jelas beliau.

Katanya, Pakatan Rakyat berkeyakinan perkara tersebut boleh dilakukan dari penjimatan perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara yang menolak budaya rasuah dan ketirisan./HarakahDaily

    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...