Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Oktober 19, 2012

Husam Musa bidas kenyataan Shaziman (menteri umno)


Datuk Husam Musa

KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.

“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin Shaziman ketika menggulung  Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal.

Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya.

Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan.

“Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri.

Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini./SinarHarianOnline

Bisnes Online Terbaru!!! Panas!!!! Pedas!!!!!!
    

1 ulasan:

  1. Bkenaan lebuhraya ni, aku nk bg cadangan sikitpada husam.
    Husam, nanti utk rasmi highway ni, bg je kat shaziman or najib. Biar diaorg suka.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...