KUALA LUMPUR 1 Oktober: Untuk melawan kezaliman, Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas Pakatan Rakyat wajib menang Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
“PRU 13 makin hampir, ini pertarungan agung kita, kita wajib menang untuk selamatkan negara ini,” seru Ketua Umum KEADILAN itu.
Anwar berkata, kerajaan Umno yang kini di hujung hayat lupa bahawa
rakyat memerhati dan menilai semua perbuatan rasuah dan kronisme oleh
pemerintah elit.
“Jangan
sekali–kali kita perkecilkan kebijaksanaan rakyat untuk memilih dan
melakukan perubahan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Tambah beliau, reformasi yang diperjuangkan bukan hanya berkisar soal
pertukaran kerajaan semata-mata, malah mahu satu reformasi sistem yang
memperkasakan rakyat.
“Reformasi yang kita akan laksanakan adalah untuk memastikan setiap rakyat menikmati limpahan ekonomi yang dikecapi,” katanya.
“Kita bergerak sebagai satu jentera, bersama–sama teman Pakatan
Rakyat yang lain, iaitu PAS dan DAP. Kita mampu mengambil alih Putrajaya
dan mentadbir Kerajaan Pusat jauh lebih baik dari mereka yang sedia
ada,” kata Anwar mengingatkan seluruh jentera KEADILAN.
Beliau berucap pada program Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Sabtu lalu.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyeru
anggota parti terus komited dalam perjuangan menegakkan keadilan dan
mengangkat darjat rakyat.
Beliau berkata, anggota parti harus sentiasa menggilap semangat dan idealisme, terutama menjelang PRU 13.
“Reformasi tidak mungkin tercapai tanpa kekuatan akhlak dan semangat.
Jangan ada pihak yang hanya kejar jawatan dan tanpa sedar meresapi cara
pemerintah apabila memegang kuasa kelak,” tegasnya.
Wan Azizah berkata, pengalaman pahit seperti pemimpin dan aktivis
yang mengkhianati perjuangan dan menyerah kalah harus dijadikan iktibar.
“KEADILAN kini bukan hanya parti pembangkang…Kita bersama-sama dalam
Pakatan Rakyat mentadbir empat negeri dan InsyaAllah akan mentadbir
negara nanti,” kata beliau lagi semasa ucapan perasmian.
Program sehari itu disertai 1,400 perwakilan dari Cabang seluruh
negara bertujuan sebagai persiapan kepada penggerak parti menjelang PRU.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Ahli Parlimen Beaufort, Datuk
Seri Lajim Ukin; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan
bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim
Menudin ke program itu.
“Kini
KEADILAN semakin mantap…Ia juga tanda keterbukaan kita dalam menerima
(mana-mana pihak) untuk sertai perjuangan,” katanya merujuk penyertaan
tokoh-tokoh itu dalam Pakatan Rakyat.
“(Malah) Tokoh silam China, Li Si berkata, laut menjadi dalam kerana
menerima air dari semua sungai, dan gunung menjadi tinggi kerana tidak
menolak mana-mana tanah dan batu,” kata Wan Azizah lagi.
Selepas ucapan itu, lagu rasmi kempen PRU 13 berjudul ‘Semarak
Reformasi’ turut didengarkan buat kali pertama oleh penyanyi Ferus
Rusli. Lirik asalnya ditulis Allahyarham Sasterawan Negara, Usman Awang,
manakala versi Mandarin pula oleh Ruiye./KeadilanDaily
Senarai Blog...Geng
-
-
Ular sawa 7 meter belit motosikal sebelum ditetak - KOSMO!SEEKOR ular sawa sepanjang tujuh meter muncul di Luwu. - Foto IstimewaJAKARTA – Seekor ular sawa sepanjang 7 meter membelit sebuah motosikal milik se...2 jam yang lalu
-
ANWAR SEPATUTNYA NASIHATKAN HAJIJI CALONKAN NAMA LAIN SELAIN MUSA AMAN - Berbeza dengan kenyataan jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil sebelum ini yang mengatakan cadangan nama calon Yang di-Pertua Negeri Sabah adalah ha...3 jam yang lalu
-
Liga Super Musim Depan Pasti Suram Jika Kedah FC Turun Liga Dan Sri Pahang FC Pula Tarik Diri - MASA depan dua kelab Liga Super menjadi tanda tanya dengan mereka dilaporkan tidak akan bertanding dalam saingan tersebut pada musim depan. Dua kelab yan...2 hari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...2 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...2 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Selasa, Oktober 02, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...