Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 18, 2012

Hot!!!!! Perancis siasat dakwaan rasuah, bukan campur tangan – Suaram

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Siong berkata, siasatan mahkamah Perancis bukan untuk campur tangan hal ehwal Malaysia, sebaliknya bagi menyiasat dakwaan rasuah kepada mereka yang terbabit dalam urus niaga Scorpene.

“Mahkamah Perancis menjalankan siasatan kerana syarikat yang menjual kapal selam adalah milik Perancis. Mereka mahu menyiasat adakah wujud rasuah atau komisen yang dibayar kepada Malaysia,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.

Pegawai Eksekutifnya, Cynthia Gabriel menjelaskan, kehadiran peguam Suaram ke negara ini bukan bertujuan mencampuri urusan Parlimen, tetapi bagi menerangkan situasi sebenar ekoran berlaku kekeliruan sebelum ini.
Menurutnya, jemputan ke Parlimen Malaysia bukan hanya kepada peguam Suaram, malah undangan turut diberikan kepada peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis, DCNS – Olivier Metzner.
“Jemputan kepada kedua-dua belah pihak supaya penerangan dapat diberikan secara adil dengan mengambil kira pandangan kedua-dua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini beliau masih belum tahu sama ada peguam DCNS bersetuju untuk datang ke Malaysia atau sebaliknya.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri menyelar sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib, kononnya permohonan Suaram untuk menjadi parti sivil kes itu ditolak.

Fadiah menegaskan, hakim di Tribunal deGrande Instance, Roger Le Loire dan Serge Tournaire telah menerima Suaram sebagai parti sivil sejak Mac 2012.
“Jika anda telah mengikuti perkembangan kes itu, kita telah memberi keterangan di hadapan hakim pada 19 April lalu. Hakim sebenarnya telah menerima permohonan kita untuk memberi senarai saksi untuk proses mahkamah,” katanya.

Tujuh saksi dinamakan oleh Suaram termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam; bekas penganalis politik, Abdul Razak Baginda, bapa dan isteri Abdul Razak, Abdul Malim Baginda dan Mazlinda Makhzan serta pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl./KeadilanDaily


    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...