Khamis, April 26, 2012

SU Agung PKR jawab BN


Saifuddin
Negeri Pakatan: SU Agung PKR jawab BN
 
PETALING JAYA -  Pakatan Rakyat (PR) menolak keras keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak.
Keyakinan balas itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu temu bual dengan Sinar Harian di sini, semalam.

"Saya menolak sama sekali tanggapan dan ramalan serta keyakinan (Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) kerana pada saya (kalau) perubahan politik (hendak) berlaku, mesti satu isu fundamental betul-betul yang boleh menggegar dan menggugat, penolakan total terhadap kerajaan yang memerintah hari ini," kata beliau.
PR dianggotai PKR, DAP dan Pas.

Saifuddin berkata, beliau tidak nampak wujudnya persekitaran sedemikian iaitu faktor penolakan terhadap Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini.
"Faktor penolakan total akan disumbangkan oleh skandal dalam sesuatu kawasan yang membabitkan soal urus tadbir yang baik, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengkhianatan kepada amanah rakyat.

"Selama empat tahun tiada isu yang menggegar," katanya sambil menegaskan, memang wujud unsur yang Umno 'spin', seperti isu pasir.
"Dia nak rakyat percaya (isu pasir), tetapi akhirnya dia yang percaya isu itu.
"Saya optimis mereka tidak akan dapat balik Selangor, saya tidak yakin Selangor akan kembali kepada BN," katanya.

Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian Isnin lalu berkata, BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.
Beliau berkeyakinan begitu sebab pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR.

Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerajaaan Kedah dan Selangor dalam keadaan yang baik dan tiada skandal besar, yang boleh menghakis dokongan rakyat.
"Kerajaan Selangor sekarang, terkini dapat menyimpan RM1.9 bilion berbanding zaman Umno hanya RM800 juta," katanya lagi./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng