Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 11, 2012

Pakatan Rakyat nafi guna PTPTN modal PRU13

SHAH ALAM – Sambil menafikan Pakatan Rakyat (PR) sengaja membawa isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Rafizi Ramli menegaskan kerajaan hanya perlu menanggung RM24.7 bilion jika skim pinjaman itu dimansuhkan sebagaimana didesak pihaknya.Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, ia jauh berbeza berbanding angka RM43 bilion yang disebutkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Johor, Sabtu lalu.

 Pemerhati melihat kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang cuba menangani isu ini dengan baik ketika desas-desus mengatakan PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.Umno juga mengambil kesempatan menghuraikan isu ini dengan mengadakan majlis perundingan meja bulat selama dua hari bermula petang semalam. Antara lain, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang merasmikan majlis itu semalam, mahu orang ramai melihat isu itu "dengan lebih rasional.

"Rafizi juga mendakwa maklumat terperinci berhubung statistik jumlah perlu ditanggung kerajaan itu diperoleh daripada sumber dalaman PTPTN.Menurutnya, jumlah pinjaman diluluskan sejak badan itu ditubuhkan sehingga 2011 adalah sebanyak RM41.4 bilion tetapi yang dibayar kepada peminjam hanyalah sebanyak RM27.5 bilion. Katanya, daripada jumlah RM27.5 bilion itu sebanyak RM2.8 bilion telah dikutip sehingga tahun lalu bermakna baki belum dibayar sebanyak RM24.7 bilion.

Menurutnya, beliau menegaskan bahawa tempoh pembayaran jumlah tanggungan RM24.7 bilion itu juga boleh dibuat antara 10 hingga 15 tahun ke atas.Rafizi berkata, berdasarkan maklumat tersebut, beliau mendakwa apa yang disebut oleh Najib sebagai ‘pembohongan’.“Laporan-laporan yang mengatakan tanggungan hutang RM43 bilion kalau PTPTN dihapuskan adalah satu pembohongan dan itu menakut-nakutkan rakyat.

“Soal PTPTN ini adalah perkara yang rapat dengan rakyat, maka sesiapa yang bertanggungjawab perlulah berikan nombor dan angka yang betul. Jangan cuba kelirukan untuk buat propaganda,” kata beliau pada majlis runding cara PTPTN dan Masa Dean Pembiayaan Pendidikan Tinggi di sini malam tadi. Sebelum ini, Najib mengumumkan kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.Najib nerkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.Parti-parti pembangkang bercadang mahu memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Malah menurut Rafizi, rakyat perlu tahu perkara sebenar kerana banyak maklumat yang diberikan sebelum ini didakwa tidak tepat dan mengaburi mata rakyat.Rafizi turut menjelaskan bahawa hutang tersebut boleh dilupuskan dengan menggunakan wang sumber pendapatan minyak negara khusus untuk membayar tanggungan tersebut. “Kalaulah kerajaan kata dia tiada peruntukan baru, maka satu cara yang baik adalah mengambil wang Petronas khusus untuk membayar hutang PTPTN.

“Dengan mengambil tiga peratus sumber pendapatan minyak kita boleh menghapuskan hutang PTPTN,” katanya.Ketika ditanya pemberita sama ada isu tersebut dimainkan PR menjelang pilihan raya, Rafizi berkata, ia bukannya soal untuk memenangi undi golongan muda tetapi masa depan pendidikan tinggi negara.Malah beliau berkata, isu tersebut bukan baru ditimbulkan sebaliknya termaktub dalam kandungan Buku Jingga PR.

“Bukan baru ditimbulkan sekarang tetapi dah bawa empat tahun lalu dalam Buku Jingga cuma yang berbeza sekarang kerana ada serangan dan maklum balas daripada Perdana Menteri dan saya percaya ia ada kena-mengena dengan pilihan raya,” katanya.Dalam perkembangan sama, Rafizi berkata, model pembiayaan pendidikan tinggi masa depan dicadangkan oleh PR adalah membina 10 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam tempoh 10 tahun dengan menyasarkan sebanyak 100,000 pelajarKatanya, perbelanjaan di IPTA ditanggung kerajaan merangkumi yuran dan kemudahan tempat tinggal manakala tabung pendidikan baru bagi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan diwujudkan.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami./SinarHarian

#Anda Bakal Jutawan Online##
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...