Daftar pengundi: 'Saya cakap sebab ada bukti'
ALOR SETAR - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya 
diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai
 kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan 
kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum.
Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius 
kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya 
kelak.
“Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini 
segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini.
"Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam 
dakwaan itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika 
ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat 
negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi.
Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen 
(PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk 
menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.
“Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku
 di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan 
gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri,” katanya.
Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini yang diketuai 
Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis 
Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Bagaimanapun Wan Ahmad dalam ulasannya kepada Sinar Harian kelmarin telah menafikan dakwaan Mahfuz.       
Ketika ditanya mengenai keseriusan beliau mendedahkan nama individu 
terbabit, Mahfuz berkata, ia bukan cakap kosong tetapi akan disertakan 
dengan bukti.
“Saya ada bukti sebab itu saya berani cakap. Tetapi saya hanya mahu 
bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk siasat perkara ini,” 
katanya.
Menurutnya, pendedahan ini dibuat kerana bimbang masa depan negara 
kelak ditentukan oleh warga asing, dan pada masa yang sama menafikan hak
 rakyat untuk mengundi secara telus.
“Ini suatu ancaman kepada negara dan amat bahaya. Saya tahu saya 
menanggung risiko besar mendedahkan perkara in dan menyerahkan 
keselamatan saya kepada ALLAH SWT kerana tidak mahu membiarkan tanah air
 tergadai,” katanya.
Mahfuz berharap suruhanjaya itu dapat ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)./SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...