Anwar: PKR Sabah sedia serah Sapp beberapa kerusi
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.
"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.
Selain PKR, Pakatan Rakyat (PR) turut dianggotai oleh Pas dan DAP.
"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.
"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.
Ketika ditanya sama ada PR mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.”
“Apabila tiba masanya, mereka sendiri (PR dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."
Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika PR memerintah, Anwar berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan. – Bernama
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
1979 Oldsmobile Cutlass AC Compressor
BalasPadamI recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.
luahan tepat dan ikhlas dari pemimpin besar yang berjiwa besar.Sifat kenegeriaan ini adalah kesan kepada minda kami yang dijajah oleh pemimpin kami sendiri yang tidak punya keyakinan diri apatah lagi jiwa yang besar yang selayaknya ada pada seorang pemimpin tulen.Matlamat kita adalah mengambil alih teraju kepimpinan negara daripada sang kapitalis yang diwakili daripada setiap negeri dalam malaysia yang ketika ini masih seronok membahagi-bahagikan hasil negara di kalangan mereka.Tumbangkah bukit dengan salakan si anjing kecil???? Yang lebih utama adalah kita kalahkan BN.
BalasPadam