Isnin, April 09, 2012

Dakwaan negara akan rugi jika pendidikan percuma tidak tepat - DSAI

SHAH ALAM 9 April: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa negara akan kerugian RM43 bilion jika hutang PTPTN dihapuskan adalah tidak tepat dan Malaysia mampu memansuhkan PTPTN.

“Jumlah ini (RM43 bilion) termasuk kadar faedah yang dikenakan ke atas mahasiswa. Saya dah kira jika tanpa faedah ini, jumlahnya adalah kurang,” kata Anwar sewaktu berceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam, Sabtu lalu.

Menolak dakwaan bahawa menghapuskan hutang itu akan membankrupkan negara, Anwar berkata kerajaan baru Turki berjaya melaksanakan pendidikan percuma dalam masa tiga tahun pertama pentadbirannya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Beliau percaya perkara yang sama akan mampu dilaksanakan Malaysia dalam masa setahun apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak.

Najib sebelum ini mendakwa negara akan terbeban dan terpaksa membelanjakan RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan seperti dicadangkan Pakatan Rakyat.

Beliau membuat kenyataan itu susulan cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN mendapat sambutan baik dari rakyat./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
   
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng