Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Hong Leong Finance
Bhd (HLFB) dan pengerusinya Tan Sri Quek Leng Chan bagi mengetepikan
sapina yang dikeluarkan terhadap Quek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sapina tersebut adalah bagi membolehkan Quek dan Anwar tampil sebagai saksi dalam kes saman membabitkan perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah
RM445 juta, kira-kira 14 tahun lepas.
Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan dari peguam Andrew Chiew yang mewakili HLFB, selaku plantif, Datuk Dr Cyrus Das bagi Quek dan D. Paramalingam yang mewakili ahli perniagaan Low Thiam Hoe.
Hadhariah turut mengenakan kos RM5,000 masing-masing kepada HLFB dan Quek.
Katanya Quek dan Anwar bukan saksi material dan tidak akan membantu dalam membuktikan keterangan dalam kes itu.
Dalam penghakimannya, Hadhariah turut berkata permohonan Low untuk memanggil kedua-dua saksi itu adalah bersifat menindas dan 'mala fide' (niat buruk).
"Hanya nama (Quek dan Anwar) disebut tetapi bukan peranan mereka...jadi apa kaitannya," tanyanya.
Hadhariah berkata sebelum ini, beliau telah menolak permohonan Low yang dinamakan sebagai defendan pada 19 Mac lalu untuk meminda pernyataan pembelaan beliau untuk memasukkan Anwar ketika itu Menteri Kewangan dan Quek dalam kes saman tersebut.
HLFB dan Quek memfailkan permohonan itu bagi mengetepikan writ sapina pada 23 Mac lalu.
Pada 1998, HLFB memfailkan saman terhadap Low atas kegagalan membayar pinjaman berjumlah RM28 juta kepada bank itu.
Kes saman tersebut berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket membabitkan urusan pengambilalihan institusi kewangan, Kewangan Bersatu Bhd (KBB) oleh Hong Leong Finance, tetapi usaha itu gagal dilaksanakan.
Pada tahun berikutnya, Low memfailkan tuntutan balas terhadap HLFB, HLG Capital Markets Sdn Bhd dan bekas ketua pegawai eksekutif Hong Leong Credit Bhd, Seow Lun Hoo bagi ganti rugi umum kerana memberi nasihat salah dan cuai.
Pendengaran kes disambung 12 April ini.
- Bernama

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...