Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, April 12, 2012

Pakatan Rakyat teliti cadangan reformasi pendidikan - DSAI

Pakatan teliti cadangan reformasi pendidikan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan kertas cadangan lengkap mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara ini.

Menurutnya, kertas itu akan mengambil kira pemberian elaun, kos sara hidup, yuran dan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai komitmen untuk memberikan pendidikan percuma.

Kertas yang dirancang itu bertemakan "pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti".

NONE"Sekarang ini tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA), universiti awam terbatas maka, terpaksa pergi ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kosnya dua kali ganda. Kalau di IPTA (kosnya) RM25,000, di IPTS RM50,000.

"Beban boleh dikurangkan, maknanya kalau kita ambil alih sahaja, saya akan mengarahkan menteri pendidikan yang baru, terus sahaja runding dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan, dan kerajaan terus tambah (peruntukkan).

"Takkan tahun pertama kita nak buat 10 universiti. Tak mungkin. Mungkin satu dahulu, kemudian dua, tiga, yang sendirinya (akan) memberikan ruang dan peluang yang lebih baik (kepada mahasiswa)," katanya.

Bagaimanapun, Anwar yang juga ketua pembangkang tidak menjelaskan secara spesifik bila beliau akan mengemukakan cadangan tersebut.

Nizar: Ikat hingga habis hutang
Bercakap dalam siri wacana politik bertajuk "Pendidikan Percuma: Adakah Satu Mimpi?" di Shah Alam malam tadi, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri bagaimanapun, tidak menafikan kepentingan IPTS di negara ini.

DalamNONE majlis sama, seorang mahasiswa turut membangkitkan kebimbangan mengenai sara hidup mereka sekiranya PTPTN dimansuhkan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dasar pendidikan percuma akan juga mengambil kira penyediaan elaun sara hidup oleh kerajaan.

"Kalaulah dalam keadaan tertentu di mana elaun tambahan diperlukan, sebahagian daripada kita boleh pinjam... Tetapi pendidikan percuma tiada siapa yang boleh dibatalkan atau dinafikan hak mendapatkan pendidikan percuma ini.

"Sebagai contoh, seorang (mahasiswa) daripada Hulu Terengganu, datang Kuala Lumpur. Pak dia menoreh getah. Dia nak duduk di mana? Nak makan apa. Itulah mesti menjadi tanggungjawab kita," katanya.

NONETurut hadir dalam wacana tersebut ahli Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa pemimpin pelajar.

Sebelum itu, Mohammad Nizar yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, pinjaman PTPTN yang disediakan kerajaan hanya menjadikan mahasiswa "mandom, tidak bebas dan terikat".

"Jika tidak habis selesai hutang, selagi itu mahasiswa diikat dan kebebasan juga diikat," katanya./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##
    

1 ulasan:

  1. Salam,

    Saudara, saya minta saudara bawa isu PENANGGUHAN KENAIKAN PANGKAT GURU DG BUKAN SISWAZAH KE DG 41.
    Untuk makluman saudara Kementerian Pelajaran telah mempermainkan guru yang sambung belajar tetapi tidak dinaikkan gred. Sekejap kata jadi, sekarang tangguh lagi. Jika saudara membawa isu ini saya yakin akan ada lonjakan daripada kalangan guru yang sambung belajar. Mereka sedang KECEWA.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...