Rabu, April 25, 2012

4,000 unit amal Bersih kawal perhimpunan Duduk Bantah

KUALA LUMPUR, 26 April: Seramai 4,000 petugas unit amal Bersih disediakan pada perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di lapan lokasi di seluruh negara.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata unit itu bertujuan memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.

“Petugas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Mereka dikerah menjaga keselamatan orang ramai di lapan lokasi seluruh negara. Kita mahu perhimpunan paling aman,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya bersih, hadir beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.
“Jangan takut untuk berhimpun Sabtu ini. Kita hanya duduk untuk suarakan tidak puas hati, bukan buat rusuhan atau kekacauan. Kita jamin – jika tiada provokasi, Duduk Bantah akan jadi perhimpunan paling aman,” katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema ‘Duduk Bantah’ diadakan Sabtu ini bermula jam 2 petang di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu,  Kuching,  Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.
Bersih 3.0 bertujuan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, selepas laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihan raya enggan memenuhi lapan tuntutan./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
    
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!      
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

1 ulasan:

  1. Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa JAMINAN KEWANGAN PINJAMAN SYARIKAT kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk lebih banyak pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng