Penghinaan Terhadap Anwar Tidak Memberi Bekas
Dari http://msomelayu.blogspot.com
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
      
  
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Dari http://msomelayu.blogspot.com
Malam tadi telah dilancar secara rasmi sebuah Ngo 
yang bertujuan khusus untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim. 
Perlancaran itu dilakukan oleh presiden Perkasa(m), .. lupa nama. Ngo 
ini entah yang ke berapa dalam urutan Ngo di Malaysia yang seracunya dan
 juga disertai oleh muka-muka masam dan ‘komoh’ yang sama. Di Malaysia 
ini jangan pelik kalau seseorang individu itu menyertai lebih dari 10 
buah Ngo yang berlainan jenama atau pun yang anggotanya suami isteri 
saja.
| Gaya baru mempersonakan penonton. | 
Malang sedikit mereka tidak pernah menukar wajah atau mengenakan 
topeng setiap kali menyertai Ngo. Itulah menyebabkan orang mudah 
mengenali mereka. Mereka juga tidak pernah mengikis atau memotong lidah 
mereka menyebabkan orang gampang kena mereka menerusi suara percakapan 
mereka. Suara mereka sumbang dan telor bila membaca Hadith.
Mereka juga pakai kosmetik serupa sahaja. Penubuhan Ngo di Malaysia 
sudah menjadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan mutakhir ini. Apakah
 ini penyakit orang Melayu yang gemar mengikut dan menurut apa yang 
orang lain buat. Persis perniaga gerai, seorang bukan gerai pisang 
goreng semua buka gerai pisang goreng akhirnya menyebabkan semua 
terpaksa tutup kerana bersaing harga.
Mereka yang menubuhkan Ngo dan menggunakan sebagai wadah untuk 
bersuara adalah mereka yang tidak ada kekuatan diri sendiri atau pun 
diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri mereka laku dan berwibawa cukup
 mereka bercakap atas kapasiti diri sendiri. Tidak perlu melekatkan 
apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk mengukuhkan idea dan juga pandangan
 kita.
Saya tidak larat untuk menghitung sudah berapa banyak Ngo yang 
ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjadi rancak dalam tempoh dua tiga 
tahun ke belakangan ini. Banyak sangat sampai mat rempit dan pelacur pun
 ada Ngo. Semua aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan 
menyerang Anwar Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media 
penjilat buntut, atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan 
kenyataan-kenyataan dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka 
yang tak bernilai itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.
Mereka semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. 
Hari ini mereka bersama kumpulan politik ini, esok pula kumnpulan lain. 
Hari ini mereka menentang parti ini esok menyokong setinggi langit. Hari
 ini memuji dan menyanjungi pemimpin dan tokoh ini, esok mereka akan 
keji dan hina sehina-hinanya. Inilah wajah dan keperibadian ketua-ketua 
Ngo itu. Pentas mereka berbagai-bagai. Apakah orang-orang seperti ini 
boleh diharap untuk menjadi pemimpin?
Kalaulah idea dan pandangan mereka diterima pakai nescaya negara akan
 rosak dan hancur berkecai. Alhamdulilah rakyat negara ini rata-rata 
arif dan bijak dalam menilai individu-individu ini. Mereka tidak mudah 
menelan hujah orang-orang sakit ini. Mereka hanya datang bertepok dan 
bersorak bukan kerana terpesona dengan hujan, tetapi menyorak gelagat 
mereka yang merupakan sebahagian perserta Raja Lawak yang tidak lulus 
tapisan ke separuh akhir.
Apabila penubuhan Ngo itu atas nawaitu dan tujuan yang begitu, maka 
kita tidak perlu merasa hairan kepada mereka. Apa yang dilaksnakan bukan
 kebenaran melainkan ia adalah agenda peribadi untuk memenuhi kehendak 
orang lain. Mereka mencari peluang atas modal yang satu, Anwar. Mereka 
menjadikan Anwar sebagai batu loncatan untuk mencari makan.
Kedudukan ini menyebabkan Anwar perlu merasa bertuah kerana dirinya 
boleh membantu individu berkenaan yang sebelum ini juga merupakan 
kawan-kawannya dapat mencari makan. Mungkin di sini benarnya, Anwar 
sengaja dianugerahkan Allah begitu untuk dijadikan alat penyambung nyawa
 segelintir manusia parasit lain. Lihat berapa banyak orang memngambil 
kesempatan ke atas Anwar untuk hidup.
Saya yakin kalau Anwar tidak ada dan dirinya tidak menjadi isu dan 
aset, individu-individu berkenaan sudah lama mati kebuluran kerana 
kekurangan zat makanan. Mereka ini jenis tidak boleh berburu sendiri 
melainkan menumpang bangkai seperti dubuk. Tetapi dengan adanya Anwar 
mereka mendapat upah atau bekalan makanan apabila bekerja sebagai 
penyerang Anwar membuat fitnah dan serba serbinya. Bukan saja yang anti 
kepadanya, di pihak yang simpati dan menyokong juga turut sama mendapat 
limpahan rezeki dan pahala iman kerana sabar melayan kerenah peneyerang 
Anwar dan menjadi sukarelawan penangkis fitnah.
Justeru Anwar tifdak perlu merasa sedih ataas apa yang berlaku. 
Sebalik beliau perlu merasa gembira dan syukur kerana dirinya masih 
dijadikan modal dan dapat berbakti kepada banyak orang. Batang tubuh dan
 kisah dirinya bolerh dijadikan sumber rezeki untuk individu tertentu. 
Mereka tidak akan menyerang dan melanyak Anwar kalau tiak diupah 
sesenduk nasi. Mereka semua adalah serigala yang dipecut dan diberikan 
setongkol daging yang tidak dibasuh.
Bohong kalau mereka menubuhkan Ngo untuk memperjuangkan bangsa, 
negara apa lagi agama. Kalau itulah matlamat mereka cukup sertai Umno 
atau perkukuhkan saja Umno. Dalam hal ini Anwar tidak perlu memberi 
apa-apa komen kepada mereka itu yang dulu semuanya berkhemah dan 
berkampung di rumah Anwar di Bukit Damansara. Wajah-wajah yang menjadi 
kepala Ngo dan ekor Ngo itu dulu semuanya makan dan minum di rumah 
Anwar. Tahi yang mereka buang dalam tanda rumah Anwar juga masih ada 
kerana ayam pun tidak lalu untuk mematuknya.
Mereka mengerumi Bukti Damansara kerana mengira di situ ada makanan. 
Di situ ada gula dan ada harapan menggunung tinggi serta ada 
kuntum-kuntuman bunga yang mereka boleh menghidunya dari luar pagar. 
Mereka awal-awal lagi mengunjungi Anwar bukan atas niat perjuangan, 
tetapi kerana perut dan nafsu. Jadi apabila setelah 10 tahun Anwar gagal
 memenuhi tembolok mereka, maka mereka berarak berpindah menjadi nomad 
yang perlu mencari kawasan dan lembah kehidupan baru . Mereka mahu hidup
 dan perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Kalau mereka berpindah demi 
perut tidak mengapa tetapi jangan sambil berlalu menghina musuh. Ini 
celaka.
Kalau tidak percaya cuba perhatikan apa yang akan berlaku selepas 
ini. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang dan Anwar diberi angkat jadi 
PM mereka ini semua akan kembali semula ke lembah Anwar. Mereka akan 
datang berlari, merangkak dan berpimpinan ke Bukit Segambut. Atau 
mungkin ada yang terlajak ke Bukit Damansara kerana mengira Anwar masih 
di sana.
Sebaik terhidu sahaja aroma makanan atau kelihatan fotomorgana di 
rumah Anwar mereka akan berduyun-duyun ke rumah Anwar. Mungkin talian 
telefon Anwar dan Wan Azizah juga akan sendak kerana terlalu banyak 
panggilan masuk. Peti surat dan sms juga akan penuh hingga pecah.
Rumput dan semak sambu yang melihar di jalan ke rumah Anwar di Bukit 
Segamut akan lumat dan hancur lebur dipijak mereka. Mereka akan 
berasakan macam ayam keluar reban untuk menuju ke jamban tahi. Mereka 
tidak akan peduli apa yang mereka lakukan hari ini, naluri perut akan 
menghalal dan melupakan segala-gala apa yang mereka lakukan.
Saya sudah lihat dan tengok dengan mata kepala saya sendiri kejadian 
ini. Orang yang memaki hamun Anwar, menempuk meja marahkan Anwar, 
menuduh Anwar liwat, berzina dan sebagainya… akhirnya datang melutut 
denagn lingan air mata kepada Anwar. Meminta saya menemani dan 
membawanya masuk ke rumah Anwar. Meminta saya memberitahu yang 
indah-indah mengenai kepada Anwar. Mengungkitkan nostalgia yang dia 
pernah meringkuk bersama Anwar di Kemunting.
Jadi apa yang dilakukan oleh individu-individu berkenaan, tidak perlu
 dikisahkan. Tindakan mereka tidak memberi sedikit kesan pun. Malahan 
apa yang mereka lakukan memberi liabiliti kepada Umno yang mereka sokong
 kembali hari ini. Bukan saja rakyat di luar menyampah dan geram, tetapi
 ahli Umno yang setia dan tidak tahu mengkhianati parti juga meluat 
melihat mereka ini.
| Rakyat tidak kisah penghinaan kepada Anwar, apa yang mereka mahu Anwar jadi PM. | 
Saya juga memerhati sendiri bagaimana seorang dari mereka 
terkayan-kayan bersendirian di PWTC sewaktu persidangan Umno. Dia jenguk
 ke situ dengan harapan kawan-kawan lamanya dalam Umno memuji dan 
mengucap tahniah atas tindakannya meninggal Anwar dan PKR. Sebaliknya 
dia jadi kera (ekor pendek muka bulat) yang sumbang, terpaksa mengending
 di meja makan untuk dapatkan sepiring nasi. Nasib baik saya ada, saya 
menyalematlkan air mukanya yang sudah jatuh ke tanah.
Biarlah mereka tubuh sebanyak mana Ngo untuk menyerang Anwar ia tidak
 akan merubah keadaan yang ada. Serangan-serangan tidak bermoral dan 
beretia ini tidak berbekas, pukulan mereka tidak memberi kesan. Apa 
mereka dapat hanya letih sendiri kerana menghanyun senjata kerana mereka
 memukul angin sebenarnya.
Kita juga tidak perlu menghormati kepada orang-orang ini kerana 
mereka adalah ‘calo-calo’ yang mengambil upah untuk survival mereka dan 
anak beranak. Kaum seperti ini bukan baru hari ini tetapi ia ada sejak 
zaman Nabi Adam lagi, cuma mereka menjelama dalam keadaan identitas yang
 berbeza. Apa perlu dikisah.
Mengenai Anwar, lakulah semahunya dan fitnahlah apa saja kepadanya ia
 tidak akan merubah keadaan. Anwar sendiri sudah lali, kalau ia plastik 
ia sudah hancur dan akan keluar menurut acuan baru sebagai PM. Manakala 
rakyat tidak pedulia apa. Nekad dan azam rakyat sudah kemas dan kejeap. 
Rakyat tidak hirau kepada peribadi Anwar yang diburukhuduhkan; apakah 
Anwar peliwat, pengkhianat, atau apa-apa ‘per..’ mereka tidak kisah. 
Yang kejap tertanam di nubari rakyat ialah mereka mahukan perubahan 
inginkan peralihan. Mereka mahu melihat kerajaan bertukar tangan. Mereka
 mahu ajar UBN, bagaimana menjadi pembangkang, dan mereka mahu menjulang
 Anwar menjadi Perdana Menteri. Itu saja hakikat hari ini.
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel

0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...