Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 18, 2011

Demo Sokong!!! DSAI Isnin Ini..!!!

Fitnah II: Gapet anjur demo sokong Anwar, lawan Gaps
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.
Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.
Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak bukti yang diperoleh secara muslihat dan tipu helah dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa, sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.

“Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera,” kata Fariz.

Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.
Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan.KeadilanDaily

Komen : Ayuh!! Rakyat malaysia beri sokongan kepada DSAI pada isnin ini.......Turun beramai-ramai...kepada hakim yang bijak sana kami anak muda mendesak!!! agar kes ini di gugurkan....lepaskan DSAI!!!!!! haram bagi anda yang menyokong fitnah ini......
    

3 ulasan:

  1. maaf,tetapi saya reformis.dulu tolong dan sokong
    dsai selama 15 tahun.hilang pekerjaan,anak tak sekolah.

    saya minta nak contribute to selangor,ramai kami reformis.dsai dan khalid buang dalam tong sampah
    permohonan kami.bukan apa,nak buka gerai makan
    sahaja.

    maaf tak sokong orang tak kenang jasa.

    BalasPadam
  2. Salam.. tanpa nama...itu had anda nak sokong atau tak nak..yang penting malaysia mesti di selamatkan!!! jangan sokong membawa rebah!!!!

    BalasPadam
  3. benar, yang penting kita paham apa erti perjuangan. buakn untuk meminta balasan !!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...