Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 19, 2011

Menteri Umno halang!! luluskan Pakatan Rakyat..

SU Agung PKR dakwa menteri belum beri lampu hijau luluskan Pakatan

March 19, 2011
 
KUALA LUMPUR, 19 Mac — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail mendakwa permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat masih belum menjadi kenyataan kerana berhadapan dengan halangan di peringkat Kementerian Dalam Negeri, bukannya Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata sebenarnya Pakatan Rakyat sudah mendapat kelulusan peringkat RoS tetapi dipercayai terhalang kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein belum memberikan lampu hijau.
“RoS telah meluluskan permohonan Pakatan Rakyat, malah pegawai RoS juga telah memaklumkan kepada saya mengenai kelulusan itu.

“Tapi apa yang menjadi halangan adalah apabila menteri (Hishammuddin) tidak mahu tandangan permohonan kita... RoS dah luluskan tapi menteri tidak,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambah Saifuddin, kelulusan khas Menteri Dalam Negeri bagi mana-mana permohonan pertubuhan termasuk Pakatan Rakyat.
“Di peringkat RoS kelulusan memang sudah dibuat, tapi perlu mendapatkan kelulusan khas menteri. “Kita memang sudah membuat (permohonan) pendaftaran tetapi terperangkap dengan kerenah birokrasi,” katanya.
Permohonan mendaftarkan Pakatan Rakyat, yang menjadi satu badan yang formal selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, dikemukakan kepada RoS awal tahun lalu.

Ditanya mengenai syarat tujuh anggota yang digariskan RoS, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ia bukan halangan bagi Pakatan Rakyat.
Selain itu, jelas Saifuddin, pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai syarat tujuh anggota itu namun beliau percaya ia bukan syarat utama yang ditetapkan.

“RoS kata (dalam media) pendaftaran tak boleh sebab tak cukup (anggota) tapi kita tidak pernah dimaklumkan secara rasmi mengenai halangan itu, sebaliknya hanya tahu melalui media.

“Saya percaya tujuh anggota itu bukan syarat utama, ia bukan halangan dan saya percaya ia boleh dibawa berbincang sebab itu saya tak fikir ia halangan utama,” katanya.
Pakatan Rakyat kini mempunyai empat anggota iaitu PAS, PKR, DAP dan Parti Nasional Sarawak.

Sebelum ini, RoS dalam kenyataan menjelaskan Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

Kali terakhir Pakatan Rakyat membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu adalah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menasihati PAS, PKR dan DAP supaya mendaftarkan Pakatan Rakyat bagi membolehkan ketiga-tiga parti itu menggunakan logo yang sama pada pilihan raya.TheMalaysiaInsider

Komen : Bodoh betul menteri umno ni....dia ingat malaysia ni dia yang punya....rakyat akan humbankan umno tunggu...!!!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...