Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 21, 2011

Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

NONEMereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

NONE“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

NONE“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya.MalaysiaKini
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...