Pada ucapannya yang bersemangat pada konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, Anwar berikrar akan menolak calon yang tidak berwibawa.
"Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya.
Katanya, tugas pemimpin bukan mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus tetapi adalah melaksanakan agenda membela rakyat.
"Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya.
Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.
Tambahnya, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri berkenaan dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.
"Di Selangor macam mana boleh buat? Pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ini ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 00 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya.
Konvensyen ini menyaksikan lebih 500 orang hadir dengan keadan penuh sesak.
Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pemimpin Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat.MalaysiaKini
Komen : Setuju dengan DSAI kerana memberi kepada pemimpin dari sarawak untuk membuat pilihan dalam memilih bakal calon untuk PRN sarawak....diharapkan rakyat sarawak akan memberi sokongan yang padu kepada pakatan rakyat....
SEBAGAI ANAK JATI SARAWAK, DI DALAM NALURI SAYA BOLEH MEMBAYANGKAN PERALIHAN KUASA AKAN BERLAKU DI SARAWAK. SAYA MEMBAYANGKAN KALAULAH NEGERI ITU DITADBIR DENGAN TELUS PASTINYA RAKYAT SANGAT SUKA. SEMOGA KEMPIMPINAN DISANA MENGAMBIL BERAT DENGAN INTEGERITI CALON, CONTOH DIPILIHANRAYA YANG LEPAS ADA CALON YANG BOLEH DIBELI SEHINGGA WUJUDNYA TANPA BERTANDING DI SAAT AKHIR. TOLONG JANGAN LETAK CALON YANG ORANG TEMPATAN MEMANG SUDAH TAK SUKA NANTI PARTI YANG MENANGGUNG NYA.
BalasPadambn msh kuat lg di sarawak...pakatan kena kerja kuat lagi
BalasPadamRakyat sarawak dan pakatan perlu bergabung tenaga untuk tumbangkan KM...
BalasPadam